Pertuduhan
hasutan yang bertalu-talu terhadap wakil rakyat pembangkang dan
individu lain dilihat sebagai “penindasan” dan bukannya pendakwaan, kata
bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mengkritik tindakan
Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula kes selepas pertuduhan
dikenakan.Abu Talib berkata, luar biasa bagi Peguam Negara Tan Sri Abdul
Gani Patail yang juga pendakwa raya mendakwa dulu, kemudiannya membuat
keputusan untuk kajian semula.
“Kita
mesti berlaku adil dengan melakukan pendakwaan dan bukannya
penindasan,” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu
temuramah khas di Kuala Lumpur semalam.
Abu Talib,
yang menjadi peguam negara pada 1980 hingga 1993, berkata demikian
ketika mengulas kenyataan Gani (gambar) pada Selasa pihaknya mengkaji
kes terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Madya Dr
Azmi Sharom dan beberapa lagi yang dihadapkan dengan tuduhan mengikut
Akta Hasutan 1948.
Gani
berkata, ia adalah amalan biasa bagi pihak pendakwaan dan beliau akan
menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, adil, tepat dan telus
tanpa pengaruh mana-mana pihak.
“Mendakwa
seseorang adalah perkara yang sangat serius kerana ia memberi kesan
kepada kredibiliti, kedudukan dan maruah tertuduh.
“Ia akan
menyebabkan tertuduh dalam terganggu emosi. Malah, jika pertuduhan
ditarik balik kemudian pun, kerosakan sudah berlaku,” katanya.
Abu Talib berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau hanya memberikan persetujuan kepada pendakwaan sekiranya terdapat 90% bukti untuk melakukan sabitan.
Abu Talib berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau hanya memberikan persetujuan kepada pendakwaan sekiranya terdapat 90% bukti untuk melakukan sabitan.
Katanya, pendakwaan dibuat berdasarkan undang-undang, keadilan dan pertimbangan kepentingan awam tanpa dipengaruhi pihak ketiga.
Beliau
berkata, kenyataan Gani untuk mengkaji semula pertuduhan hanya memberi
gambaran keputusan mengenakan dakwaan terhadap tertuduh dibuat tanpa
pertimbangan teliti dan serius terhadap semua fakta yang ada.
“Adakah
beliau (Gani) mengakui tidak adil dan telus apabila melakukan dakwaan,
dan itu sebabnya mengapa beliau mengkaji semula kes sekarang? Mungkin
beliau perlu beri penjelasan,” katanya.
Abu Talib berkata, bukan tugas pihak pendakwa mendapatkan sabitan tetapi memastikan keadilan terhadap pertuduhan dan mangsa.
Beliau berkata, Dr Azmi hanya mengulas mengenai undang-undang atau menjelaskan undang-undang.
“Malangnya,
makna menghasut sangat luas. Di sinilah peguam negara perlu menggunakan
kebijaksanaan beliau dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan,”
katanya sambil menambah pada zamannya hanya terdapat satu atau dua kes
hasutan bagi pendakwaan.
Abu Talib,
yang enggan menyebut sebarang nama berkata, terdapat personaliti yang
membuat kenyataan hasutan kaum dan agama yang lebih serius tetapi tidak
dikenakan dakwaan.
“Beliau
tidak diperlukan untuk memberi penerangan tetapi ia amat ideal bagi
meningkatkan keyakinan dalam soal pentadbiran keadilan dan jawatannya,”
kata Abu Taib merujuk kepada Gani.
Pada Rabu, Majlis Peguam Malaysia menyeru Gani menarik balik dakwaan hasutan terhadap Azmi, pemimpin pembangkang dan aktivis.
Presidennya
Christopher Leong berkata Gani pada pembukaan Undang-Undang Tahun 2013
menyatakan “setiap orang perlu mengemukakan pandangannya tanpa penalti
dan perlu ada satu semangat toleransi di seluruh rakyat”.
Majlis
peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 19 September bagi
membincangkan resolusi berkenaan Akta Hasutan 1948.
Mahasiswa
daripada university awam di seluruh negara juga menyertai hartal
(protes) yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya sebagai
solidariti terhadap Azmi.
Pada 2
September, Azmi didakwa menghasut berdasarkan kenyataannya dalam satu
artikel bertajuk “Ambil laluan krisis Perak bagi mengakhir kebuntuan
Selangor, kata Pakatan”, yang diterbitkan dalam sebuah portal berita
pada 14 Ogos.
Ahli
politik Sabah David Orok juga didakwa mengikut undang-undang yang sama
pada 3 September kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad
menerusi Facebook dua bulan lalu.
Sejak awal
bulan ini beberapa ahli politik pembangkang termasuk Ahli Parlimen
Padang Serai N Surendran (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli
Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad serta wakil rakyat Seri Delima RSN
Rayer (DAP) didakwa mengikut Akta Hasutan.
Ahli
Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR)
dan aktivis Haris Ibrahim juga berdepan dengan perbicaraan kerana
dakwaan menghasut.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.
Wakil
rakyat berisiko kehilangan jawatan mereka jika mahkamah mengenakan denda
RM2,000 atau lebih, atau sekurang-kurangnya setahun penjara.-The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan