Seramai 135 anggota Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS), termasuk pengerusinya yang juga ahli exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, akan dibebaskan tengah malam ini, kata peguam Gobind Singh Deo petang ini.
Gobind berkata proses dokumentasi sedang dilakukan untuk pembebasan anggota PPS terbabit.
"Polis memohon untuk menahan reman mereka selama empat hari, tetapi kerana mereka perlu menyediakan dokumentasi, maka tahanan akan dibebaskan, buat sementara waktu, dengan jaminan polis hari ini.
"Majistret mendengar permohonan oleh tahanan untuk mendapatkan pembebasan mereka," kata Gobind.
Bagaimanapun, para peguam berkenaan tidak dimaklumkan mengenai sebab sebenar permohonan reman tersebut.
Hakim Sesyen Mohamad Izwan bertindak sebagai majistret untuk mendengar perkara itu, manakala pegawai polis ASP Karuna mengemukakan permohonan reman tersebut.
Barisan peguam tersebut keluar kira-kira jam 3 petang dan disambut oleh penyokong yang bertepuk tangan gembira apabila mendengar mengenai pembebasan sementara para tahanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan