Ahad, 8 Jun 2014

Pantai Redang dinaik taraf tampung kebanjiran pelancong luar

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kesegaran hasil laut, aktiviti nelayan dan panorama pantainya menjadikan Pantai Redang di Sekinchan semakin terkenal sebagai salah satu destinasi menarik di negara ini untuk dikunjungi.

Hal ini dapat dilihat apabila kawasan pantai itu semakin sesak dengan kehadiran kenderaan pelancong luar baik kenderaan persendirian mahu pun bas-bas persiaran.

SekinchanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim berkata, justeru itu kemudahan infrastruktur di kawasan tarikan pelancongan terlibat akan dinaikkan taraf.

“Dalam masa terdekat kami akan membina beberapa buah tandas untuk kemudahan orang ramai dan juga kawasan pakir memandangkan kawasan ini begitu sesak setiap hujung minggu.

“Kami turut mengkaji membina parkir khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan bas kerana banyak bas rombongan pelancong luar datang ke sini,” kata Sue Lim dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas beliau projek terbabit akan dijalankan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Kata Sue Lim lagi, aspek kebersihan turut ditingkatkan dengan menambah bilangan tong sampah dan memasang beberapa papan tanda peringatan menjaga kebersihan.

10371418_10152191875757621_5822210850544311376_nMenyentuh perkembangan pesat industri pelancongan di Sekinchan, Sue Lim menjelaskan kejayaan ini diperolehi dari hasil kerjasama dan promosi berterusan oleh Pejabat ADUN Sekinchan, MDSB dan Tourism Selangor.

“Selain dari promosi dari Sekinchan penggambaran filem dari syarikat produksi terkenal luar negara yang diadakan sebelum ini juga membantu menaikkan nama Sekinchan.

“Sekira ada mana-mana pihak ingin mengadakan penggambaran boleh berhubung dengan kami,” kata Sue Lim lagi.

Katanya lagi, pihak beliau sentiasa peka dalam membelanjakan peruntukan Kerajaan Negeri dengan memastikan setiap projek yang dibangunkan memberi manfaat kepada masyarakat Sekinchan dari segi ekonomi dan kemudahan lain.EZY

Tiada ulasan: