Selepas sebulan, pengadu terhadap sebuah
forum yang didakwa anti-Kristian di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
masih tidak tahu menahu berhubung perkembangan kes, kecuali fail
siasatan telah dibuka.
Pensyarah Uthaya Sankar SB (kanan)
dan Perzeus James hari ini dipanggil sekali lagi ke balai polis bagi
menjawab soalan berhubung laporan mereka terhadap seminar pada pada awal
Mei lalu.
“Dengan itu, apabila kami ditanya semula soalan seperti 'mengapa kami
tidak puas hati dengan seminar di UiTM pada 6 Mei 2014', kami meminta
supaya jawapan kami dalam kenyataan pada 16 Mei 2014 dirujuk semula
kerana jawapan kami tetap sama.
“Dalam isu seminar ini, bukan soal 'kami tidak puas hati' yang menjadi
persoalan tetapi seminar yang berciri anti-Kristian itu adalah isu
negara yang perlu dipandang serius,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, mereka berkata, tiada sebarang kemajuan
berhubung kes siasatan kecuali kertas siasatan dibuka sahaja, bahkan
polis didakwa tidak memaklumkan seksyen siasatan itu dibuat.
“Kami tidak dimaklumkan bawah seksyen mana siasatan ini sedang dilakukan.
“Apa yang pasti, pegawai penyiasat mengesahkan kepada peguam kami bahawa
kes sedang disiasat,” kata yang dipanggil memberikan keterangan di ibu
pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam, tengah hari tadi.
Mereka pada 8 Mei lalu membuat laporan berkaitan satu program “Seminar
Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” yang berlangsung dua hari
sebelum itu.
Uthaya dan Perzues turut menggesa pihak polis bersikap adil dengan
menjalankan soal siasat terhadap semua pihak yang terlibat dalam
penganjuran seminar termasuk penganjur dan penceramah.
Mereka menegaskan akan terus memantau kes itu dan terus menerus mendapatkan nasihat peguam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan