PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkata bantahan terhadap proses pemilihan parti itu masih boleh dibuat sehingga 28 Jun ini.
Jelasnya, selepas tarikh tersebut, tugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan diambil alih Jawatankuasa Rayuan di mana ia akan mengendalikan segala rayuan dan bantahan yang dikemukakan.
Menurutnya, selepas itu, JPP tidak akan terlibat dalam sebarang proses bantahan sebaliknya jawatankuasa rayuan akan mengambil alih bidang kuasa tersebut.
“Peranannya ialah menerima segala rayuan dan bantahan yang tidak dikendalikan JPP. Mereka akan menilai kembali dan kemudian buat cadangan,” katanya.
Namun katanya, JPP tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mempertimbangkan tindakan dan ia akan dirujuk kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk tindakan lanjut.
“Jadi terserah kepada MPP baru, apa yang mereka ingin putuskan dalam apa juga perkara,” ujar Johari.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turut memaklumkan bahawa 28 Jun ini juga akan diadakan pemilihan semula melibatkan lima cabang di Sabah, Sarawak serta semenanjung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan