Isnin, 19 Mei 2014

Waris: MAS hentikan 'talian hayat' kami

MALAYSIAKINI


 


Para waris anak kapal pesawat MH370 mendakwa Malaysia Airlines kini tidak mempedulikan mereka lagi apabila mengetahui mereka mendapatkan khidmat firma guaman asing.

Jacquita Gonzales, balu kepada Patrick Gomez yang merupakan penyelia dalam penerbangan tersebut berkata, MAS menghentikan khidmat jagaan seminggu setengah lalu selepas mendapati mereka mendapatkan khidmat firma Ribbeck Law Chartered.

Menurut Gonzales, penjaga tersebut merupakan "talian hayat" mereka kepada waris anak kapal tersebut dari segi kewangan, pengangkutan udara dan untuk memberi maklumat terkini mengenai usaha pencarian di selatan Lautan Hindi.

“Sejak hari pertama lagi mereka kata 'kita satu keluarga. Apa yang anda mahukan, mintalah dari kami, kami akan bantu'. Sebab itulah penjaga tersebut ditugaskan kepada kami.

"Tetapi untuk menarik balik penjaga kami, talian hayat kami kepada MAS begitu sahaja... Ia tidak betul kerana penjaga itu bukan berada di situ untuk menasihati mengenai isu perundangan.

“Mereka membantu kami untuk perkara lain yang kami perlu uruskan," katanya dalam satu sidang media bersama lima lagi anggota keluarga anak kapal berkenaan.

Seramai 227 penumpang, kebanyakannya warga China, dan 12 anak kapal Malaysia berada dalam penerbangan pesawat tersebut, yang hilang dari radar pada 8 Mac.

Tiada ulasan: