MALAYSIAKINI
Presiden sementara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri
Tiong King Sing mengisytiharkan, akan berlaku “perang terbuka” jika
Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) diterima ke dalam BN negeri.
“Akan terdapat perang terbuka jika TERAS bertanding mana-mana kerusi
yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam pilihan raya negeri akan
datang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Anggota Parlimen Bintulu itu menambah:
“Bagaimana akan ada perpaduan jika tiga komponen parti akan hilang
peruntukkan kerusi tradisional BN kepada TERAS jika ia diterima ke dalam
gabungan?
“Musuh sedang menunggu untuk meraikan apabila kamu bertengkar dan berbalah.”
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua
Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Peter Minos menyelar Parti
Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kerana menentang kemasukan TERAS dalam BN.
Monos berkata, penentang langkah itu patut mengambil kita perpaduan dalam BN dan mengkaji semula pendirian mereka.
Sebelum ini, empat pemimpin SUPP, tiga daripadanya anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN), keluar parti dan memberi nafas baru kepada
TERAS.
TERAS juga menerima penyertaan Menteri pembangunan sosial Tan Sri
William Mawan Ikom dan anggota Parlimen Baram Anyie Ngau yang meletakkan
jawatan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Menyertai mereka, ADUN Pelagus dan timbalan presiden Parti Pekerja
Sarawak George Lagong dan empat wakil rakyat yang dipecat – dikenali G4 –
iaitu Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entri (Marudi), Paulus
Gumbang (Batu Danau) dan Rosy Yunus (Bekenu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan