Selasa, 13 Mei 2014

Terengganu Dapat MB Baru, Namun Terengganu Tetap Darul-Runtuh

KELAB GREENBOC


Atap Sekolah Runtuh Mengiringi Pelantikan Bekas Guru Sebagai MB


Ramli Abdullah berkata,”Masa saya kecil-kecil dulu boleh (di) kata (kan) kontraktor (daripada kaum) Cina belaka, tapi tak dengar pula bangunan runtuh, Le ni (sekarang) kontraktor ramai Melayu Islam pulok, banyak pulok bangunan runtuh,”.

Muhamar Yusnizan Yusof pula memberi komen, “Runtuh lagi!”

Mukrimah Abdullah menegaskan gelaran Darul runtuh kepada negeri Terengganu Darul Iman, yang telah mengalami bepuluh-puluh kejadian bangunan dan binaan yang runtuh.

Manakala, Dahlan Kassim mendakwa, ia runtuh kerana “kroni punya pasal la jadi begini.”

Ray Mitie mengeluh sambil berkata, “runtuh sokmo la……..”

Shaikh Salmin Mohamad Al-kathiri pula menyimpulkan, sebahagian bumbung Sekolah Menengah Sri Nilam yang runtuh pula itu, adalah sempena perlantikan Menteri Besar baru negeri Terengganu.

Komen-komen tersebut dinyatakan oleh rakan facebook buletinonline, sejurus selepas gambar SMK Seri Nilam dimuat naik ke laman sosial itu.

Akhbar-akhbar melaporkan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Desas-desus sejak setahun yang lalu, yang sentiasa dinafikan oleh Umno Terengganu, kini sudah menjadi kenyataan.

Ahmad Said menerima nasib seperti yang dirasai oleh penyandang terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh, yang dipecat oleh pihak istana kerana ‘ketidakserasian’ hubungan.

Namun tidak pula dinyatakan, mengapa Ahmad Said dipecat.

Semasa Idris dipecat, para penyokongnya meluahkan rasa amarah menempelak pihak istana dengan menaikkan kain pemidang, “kami nak Deris menatang”

Sejak beberapa hari yang lalu, beberapa kain rentang telah dipamerkan oleh pihak-pihak yang menyokong Ahmad Said.

Antaranya, sehelai kain rentang yang bertulis, “pemuda Umno akan bermogok lapar” seminggu sekiranya Ahmad said diturunkan.



Maka selepas ini, pastikan para pemuda Umno yang gagah berani itu ‘bermogok lapar beramai-ramai’ kerana majlis angkat sumpah MB baru sudah rasminya akan didakan di istana Syarkiah Kuala Terengganu.

Sistem pesanan ringkas SUK Terengganu yang beredar, dirakam menjemput semua pembesar-pembesar negeri Terengganu ke Majlis tersebut.

“ YB Dato’/YB/YBhg Dato’/Tuan. Dijemput ke Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu untuk Istiadat Perisytiharan Perlantikan dan Lafaz Sumpah Jawatan Menteri Besar Terengganu pada 12.5.2014, jam 8.00 malam (malam ini).

“Pakaian: Kebangsaan Serba Hitam, bersongkok, sampin hitam benang emas/perak. Sekian, terima kasih,”menurut jemputan sistem sms SUK Tganu

Dalam sibuk-sibuk sejak pagi hari tentang khabar angin pelantikan MB baru itu, atap sebahagian bumbung SMK Seri Nilam runtuh.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika waktu solat zohor kira-kira jam 1.30 petang hari ini, isnin 12 Mei.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, bumbung itu runtuh secara tiba-tiba.

Seorang penjual minuman dihadapan sekolah tersebut mengesahkan kejadian itu ketika ditemui kira-kira jam 5.00 petang berkata, belu ada pihak berkuasa samada polis atau bomba yang datang.


Namun sekitar kawasan bangunan bagi kelas tingkatan empat dan lima itu telah dipagari dengan tali plastic berwarna merah putih.

Sinonimnya, bangunan sekolah yang runtuh itu seolah-olah memberikan ‘petanda’, mungkin kejadian buruk akan berlaku, mengiringi pelantikan Razif, yang juga seorang bekas guru, sebagai Menteri Besar negeri Terengganu! -BO

Tiada ulasan: