BULETIN ONLINE
Menurut Pesuruhjaya PAS, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, setiap wakil rakyat diberikan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun oleh kerajaan negeri, bagi menguruskan perbelanjaan mengurus dan membangunkan kawasan Dewan Undangn Negeri masing-masing.
Malangnya, diskriminasi kerajaan Umno Terengganu telah menafikan hak rakyat yang memilih wakil-wakil yang sah disisi undang-undang.
“saya sebenarnya, kalau ikut kerajaan ada peruntukan untuk wakil rakyat, RM1 juta (setiap) seorang (setahun) yang diletakkan di pejabat daerah,
“maknanya saya boleh ‘sign’ (tandatangan) untuk buat program-program beri beras (kebajikan) dan sebagainya (dengan) banyaknya nilai sejuta setahun itu,
“tapi……kerajaan yang ada ini (bersikap) diskriminasi, dia beri ke Umno sahaja, kepada (wakil rakyat) PAS dia tak beri,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pemberian bantuan barangan keperluan sempena penubuhan Persatuan Anak-anak Yatim di pusat khidmat ADUN Paka, dekat sini pada Sabtu 10 Mei.
Namun begitu, walaupun tidak mendapat sebarang bantuan dari kerajaan, kata beliau, wakil-wakil rakyat PAS akan terus memberikan khidmat kebajikan, semampu yang mungkin.
Menurutnya, PAS juga tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu memberikan bantuan.
Bahkan katanya, rakyat yang memerlukan boleh mengambil bantuan dari kerajaan kerana ia juga adalah dari sumber hasil negeri untuk rakyat Terengganu dan bukannya dari Umno.
Oleh itu, beliau mempersoalkan, siapakah yang membelanjakan wang peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan atas nama wakil-wakil rakyat itu.
Katanya, sesiapa sahaja yang membelanjakan wang tersebut, akan bertanggungjawab dihadapan Allah diakhirat nanti.
“peruntukan saya, DUN rantau Abang, DUN Sura (berjumlah) RM3 juta, siapa pakai (guna), kita nak ambil tak boleh dah, wang (peruntukan) dah habis (tapi) siapa yang membelanjakan,
“ha……dia (kena) jawab lah di akhirat (esok),”tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan