Selasa, 13 Mei 2014
SPRM siasat dakwaan salah laku pelantikan syarikat di bawah HRDF
Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata agensi itu akan menyiasat dakwaan itu daripada setiap sudut.
"Kami akan meneliti setiap aspek tentang dakwaan itu terutama jika berlaku amalan rasuah," katanya.
Mustafar diminta mengulas laporan mengenai dakwaan itu, yang didedahkan seorang pemberi maklumat, berlakunya salah laku dalam pelantikan syarikat penyedia latihan dan penyingkiran ketua pegawai eksekutifnya yang membantah pelantikan syarikat itu.
HRDF menguruskan kira-kira RM1 bilion caruman mandatori majikan bagi pembangunan modal insan.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi program meningkatkan kemahiran atau kemahiran semula yang antara lain meliputi RPL dan program Sijil Kemahiran Malaysia (MSC).
Sementara itu, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Kementerian Sumber Manusia membuat pendedahan sepenuhnya mengenai fakta kes itu termasuk layanan yang dikatakan diberikan kepada syarikat terbabit.
Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata dengan RM1 bilion perlu diruskan, HRDF harus beroperasi secara telus dan bebas daripada amalan rasuah.
"Wang pembayar cukai tidak harus disalah guna atau disalah urus," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Memandangkan perkara itu dilaporkan kepada SPRM, beliau mendesak SPRM menjalankan siasatan lengkap tanpa mengira kedudukan dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa rasa gentar. – Bernama,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan