Selasa, 13 Mei 2014

Kebuntuan politik di Terengganu, Ahmad Said keluar Umno lepas letak jawatan MB

OLEH MD IZWAN


Surat peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertarikh 12 Mei, 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mei, 2014.Surat peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertarikh 12 Mei, 2014. – Gambar The Malaysian Insider.







































Terengganu berdepan dengan kebuntuan politik selepas Datuk Seri Ahmad Said dan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno keluar parti beberapa jam selepas bekas menteri besar itu meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Tindakan Adun Kijal itu bersama Adun Ajil, Ghazali Taib meninggalkan Umno dan menjadi bebas menyebabkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) mempunyai jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat (PR) iaitu 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap gabungan dalam DUN yang mempunyai majoriti 32 kerusi – pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Ahmad yang mula menjadi MB pada 2008 juga berkata lebih ramai Adun Umno akan keluar parti tidak lama lagi – menambahkan lagi tekanan politik kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak yang diserang kerana kelemahan kepimpinannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Insya-Allah ada lagi," katanya dipetik daripada portal berita Malaysiakini.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersalaman dengan penyokong PAS pada kempen pilihan raya tahun lalu. Gambar fail.Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersalaman dengan penyokong PAS pada kempen pilihan raya tahun lalu. Gambar fail.Ahmad dan Ghazali meletakkan jawatan daripada parti pemerintah itu beberapa jam selepas Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar, mengesahkan spekulasi dua menteri besar akan ditukar setahun selepas PRU13.

Salinan surat peletakan jawatan Ahmad disiarkan oleh portal berita Astro Awani. Difahamkan, Adun Kijal itu akan bertemu media hari ini untuk menjelaskan mengapa beliau keluar Umno.

Ahmad dilaporkan kecewa dengan keputusan Najib untuk menggugurkannya semalam.
"Saya sudah lama bekerja dengan Umno.
Saya sudah beritahu PM kenduri kahwin anak saya pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya dipetik daripada Malaysiakini.

Ahmad menjadi tajuk utama berita baru-baru ini kerana lawatan kontroversinya ke Antartika bagi memperlajari perubahan iklim di kawasan ais itu.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN menang 17 kerusi DUN berbanding PR 15 kerusi dan mendapat separuh daripada 8 kerusi Parlimen di negeri yang kaya dengan minyak itu.

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu di depan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Cendering pada jam 9.25 malam semalam.

Pelantikannya dilakukan beberapa jam selepas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahmad sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri besar.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.

Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.

Tiada ulasan: