Jumaat, 23 Mei 2014

Rayer ulangi pendirian tak mahu mohon maaf

MALAYSIAKINI



 


Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak akan memohon maaf dan menarik balik perkataan 'Umno celaka' yang dikeluarkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Selasa lepas.
  
Beliau berkata perkataan 'celaka' itu hanya membawa maksud 'damn it' dan bukan menggelar beberapa pemimpin Umno sebagai 'haram jadah'.
  
"Perkataan itu hanya bermaksud 'damn it'. Selain itu, perkataan celaka itu saya hanya tuju kepada tiga pemimpin Umno iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shahbudin Yahaya," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
  
Semalam, sekumpulan lelaki yang mengaku sebagai anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk mencari Rayer yang mengatakan 'Umno celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
  
Rayer berkata beliau terkejut dengan tindakan itu dan tidak menyangka mereka mencarinya sehingga berani menceroboh DUN.-Bernama

Tiada ulasan: