Oleh: FARIK ZOLKEPLI
KUALA LUMPUR: Data yang dipadam daripada simulator juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah masih belum dikesan kembali sepenuhnya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, usaha mendapatkan semula data yang dipadam adalah satu proses yang sukar walaupun dengan bantuan dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
"Kami hanya dapat ambil beberapa data dari simulator.
"Saya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut kerana ia masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara polis dan media pada hari Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan