Isnin, 26 Mei 2014
Laporan MH370 Inmarsat dijangka dikeluarkan esok, kata Hishammuddin
Pemangku menteri pengangkutan itu berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya dan pihak yang akan membuat pengumuman adalah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat sendiri.
"Mungkin esok kerana yang mengumumkannya adalah DCA dan Inmarsat. Ia bukan berkait Inmarsat sahaja tetapi panel pakar lain seperti ICAO, NTSB, AAIB dan pakar lain.
"Mereka bekerjasama untuk mengetahui apa yang berlaku. Jika saya kata dikeluarkan esok, ia bergantung kepada keputusan mereka," katanya pada satu sidang media di klia2 hari ini.
MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu dan masih belum ditemui sehingga kini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan