Isnin, 19 Mei 2014

Kenaikan Tarif Elektrik; Lagi Pembodohan BN Keatas Rakyat

BULETIN ONLINE


Saya menyeru kepada semua rakyat agar menyedari dan bangkit bagi melawan akan pembodohan yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap kita. Kali ini dengan kenaikan tarif elektrik bagi menyelamatkan TNB.

Seharusnya kerajaan mesti memandang kepada empunya Independent Power Producer (IPP) yang begitu enak melahap subsidi bahan api bagi menimbun kekayaan mereka dan bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa kerakusan ini. Mengapakah mereka diberi subsidi yang begitu besar sedangkan dalam masa yang sama, kenaikan tarif ini dibebankan keatas rakyat jelata.

Tambahan pula tiada keperluan mendesak sebenarnya IPP ditubuhkan ketika dahulu dan juga sekarang kerana TNB sangat berkelayakan dalam penguruskan bekalan tenaga ini dari segi kewangan dan kemahiran. Jika ini dihapuskan maka TNB semestinya akan dapat mengurangkan tarif elektrik kerana ada sesetengah harga bekalan elektrik IPP dibayar oleh TNB dengan harga melebihi kos.

tarif-elektrik-naik-2014-2

Apakah hubungan taukeh-taukeh besar IPP itu dengan kerajaan? Apakah keistimewaan mereka sehingga rakyat pula terpaksa menyerahkan subsidi mereka, manakala mereka tidak pernah ditarik subsidi mereka oleh kerajaan? Adakah ini yang disebut peribahasa “Orang memberi, kita merasa? Iaitu sebagai satu bentuk balasan mungkin kepada taukeh-taukeh ini?

Alasan bagi menyelamatkan TNB daripada bangkrup adalah kenyataan yang dangkal yang langsung tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh PM bagi menaikkan tarif elektrik.

Terbukti TNB tidak mengalami kerugian, malah mencatatkan keuntungan berbilion ringgit malah bukan untuk kali ini sahaja keuntungan dicatatkan TNB seperti dalam laporan tahunan kewangan mereka.

Kesan berantai yang sudah dapat kita jangka ialah kenaikan harga-harga barang lain atas alasan kenaikan tarif ini dan ditambah pula dengan gandaan GST tahun depan sebanyak 6%, maka kenyataan bahawa tidak ramai yang terjejas dengan kenaikan ini, hanyalah menambahkan lagi koleksi kenyataan-kenyataan bodoh menteri BN.

Tidak cukup dengan itu, pesta mengutip cukai yang bertopengkan pengurangan subsidi diteruskan dengan pengisytiharan saman bagi kesalahan jalanraya termasuklah cermin gelap akan dimulakan operasinya sedikit masa lagi dengan anggaran ratusan juta ringgit akan berjaya dikutip oleh kerajaan.

Maka segala janji-janji BN sebelum PRU dahulu hanyalah janji bagi memenangi undi rakyat sahaja dan bukan untuk membela rakyat. Sebaliknya rakyatlah yang kena bela BN sehingga kenyang. Oleh itu seharusnya rakyat sedar dan bangkit menentang akan permainan BN ini yang mana, kerana sikap tidak peduli rakyatlah yang membuatkan BN terus memperbodohkan rakyat. Ayuh, peduli kita dengan politik semasa bagi menyelamatkan Malaysia yang kita cintai ini.

YB Ustaz Mohd Nor
Ketua Penerangan PAS Terenggau
Adun Bukit Payong

1 ulasan:

Unknown berkata...

Saudara sedang memanjangkan fitnah.Dosa kepada Allah boleh bertaubat. Dosa kerana fitmah saudara perlu memohon maaf. Ini sesuatu yang sukar. Takutlah kepada Allah dan azab api neraka.