SHAH ALAM - Syarikat pengeluar produk Cadbury Dairy Milk memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan bagi menyiasat isu dua produknya yang dikesan mengandungi DNA babi.
Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd dalam satu kenyataan semalam berkata, isu halal menjadi keutamaan penting kepada syarikat berkenaan.
"Kami memahami kekecewaan pelanggan berhubung ujian yang dilakukan Kementerian Kesihatan terhadap dua produk kami. Kami mendengar dan menghargai komen serta maklum balas yang diterima.
“Kami juga memahami kepentingan isu halal kepada masyarakat Islam. Menjadi keutamaan kami untuk memastikan semua produk yang dibuat di Malaysia adalah halal,” katanya.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan turut memberi jaminan semua produk lain yang dibuat di Malaysia tidak terjejas dalam ujian tersebut.
Pihaknya juga telah menarik semua Cadbury Dairy Milk Hazelnut (dengan nombor kelompok 200813M01H I2 yang luput pada 13 November 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang luput pada 15 Januari 2015) serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan