MALAYSIAKINI
Badan pemantau pilihan raya BERSIH 2.0 menggesa pihak yang mungkin
mempunyai maklumat melibatkan rasuah mengenai hubungan politik dalam
kemelut di Terengganu agar tampil mendedahkan perkara itu.
BERSIH 2.0 dalam kenyataannya mengesyaki berlaku tipu helah dalam usaha
menyelesaikan kemelut yang melanda apabila BN kehilangan penguasaan
majoriti di DUN Terengganu dalam drama dua hari itu.
Menurut kenyataan itu, BERSIH 2.0 juga mendapati penyelesaian dalam isu
tersebut menunjukkan parti politik lebih diutamakan berbanding tadbir
urus.
“BERSIH 2.0 menggesa sesiapa yang mengetahui mengenai usaha untuk
membeli atau menjual hubungan politik dengan keuntungan kewangan –
terutamanya menggunakan dana awam atau kemudahan lain – untuk
mendedahkan maklumat kerana rasuah seperti ini pastinya akan memusnahkan
negara,” kenyataan itu dipetik.
BERSIH merujuk kepada tindakan tiga orang ADUN BN meletak jawatan dari
Umno yang menyebabkan parti itu menjadi kerajaan minoriti di negeri
Terenganu.
Bagaimanapun, tidak sampai 48 jam selepas itu, ADUN Bukit Besi Roslee Daud membatalkan perletakan jawatannya dari Umno.
Dua lagi, bekas MB yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN
Ajil Ghazali Taib juga menarik balik surat mereka hari ini.
“(Perkembangan ini) bukanlah kali terakhir krisis seperti ini berlaku.
Kita mesti menguatkan tekanan agar tindakan untuk betul diambil jika ia
kembali berulang.
“Menteri besar perlu mendapat persetujuan Sultan untuk membubar DUN agar
mereka mendapat mandat yang kukuh untuk mentadbir negeri,” katanya.
Ia turut menegaskan bahawa Istana tidak seharusnya menentukan bahawa
sesuatu kerajaan itu masih mendapat sokongan rakyat dengan hanya
memanggil wakil rakyat.
“(Ini) akan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian dan
menjejaskan imejnya seperti yang berlaku dalam krisis perlembagaan Perak
pada 2009.
Dalam krisis tersebut, Sultan menolak permohonan menteri besar untuk
membubarkan DUN selepas beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat berpaling
tadah.
Baginda kemudiannya mengarakan BN membentuk kerajaan baru selepas mendapati BN mendapat sokongan majoriti di Dewan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan