MALAYSIAKINI
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata Sultan Mizan Zainal Abidin
sepatutnya melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan sementara di
Terengganu dan mengarahkannya untuk membubarkan DUN bagi membolehkan
satu pilihan raya baru diadakan.
Pensyarah itu berkata ia adalah langkah yang sepatutnya memandangkan
menteri besar yang baru dilantik Ahmad Razif Abdul Rahman hilang
kepercayan sehingga menyebabkan ADUN Umno keluar parti semalam.
“Sultan berkenaan tidak melucut jawatan MB yang enggan meletak jawatan
dan tidak berbuat apa-apa. Ini berbeza dengan keadaan (dalam krisis
perlembagaan) di Perak di mana Istana memilih untuk bertindak memihak
kepada Umno dan BN.
“Di Terengganu, kerajaan yang hilang majoriti dibenarkan untuk
meneruskan (pentadbiran) dan pakatan yang mendapat majoriti, Pakatan
Rakyat dengan 15 kerusi tidak dilantik sebagai kerajaan.
“Sultan boleh melantik Pakatan dan memintanya untuk membubarkan DUN.
Sementara menunggu pilihan raya negeri diadakan, Pakatan boleh
meneruskan sebagai kerajaan sementara,” kata Aziz.
Bekas profesor undang-undang itu berkata tindakan melantik Pakatan
sebagai kerajaan sementara di Terengganu adalah langkah yang lebih
mengikut perlembagaan dan demokratik.
“Ia akan membolehkan gabungan parti yang memenuhi syarat yang perlu
(majoriti mudah) untuk berkuasa dan pada masa yang sama membenarkan
rakyat Terengganu bersuara,” katanya.
Tambahnya, walaupun seorang wakil rakyat Umno mengumumkan kembali kepada
parti itu, beliau berkata ia mungkin berlaku dengan cara korup.
Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat perkara tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku.
Menurutnya lagi, beliau berpandangan bahawa “sistem” sedia ada itu
memberi ruang dan masa kepada Umno dan BN untuk mencari jalan demi
kelangsungan parti tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan