Isnin, 26 Mei 2014

Anwar: Kami tak pernah pun serang Parlimen

MALAYSIAKINI



 
 
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadapi sebarang kenyataan yang tidak digemari tidak harus menggunakan keganasan, seperti serangan yang berlaku terhadap pejabat DAP dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
 
“Pertahan serangan pada DUN, kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita (Pakatan Rakyat) harus serang Parlimen Malaysia kerana sikap dan kenyataan biadab Umno dan menteri? 
 
“Tetapi kita tidak boleh lakukan begitu,” kata ketua pembangkang, seperti dilaporkan KiniTV.
 
Mengulas reaksi terhadap Anggota DUN (ADUN) Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno celaka, Anwar berkata, Umno sepatutnya membawa usul terhadapnya di Parlimen.
 
Anwar juga menolak kenyataan yang seoalah-olah mewajarkan protes itu atas alasan Rayer “biadap”.
 
Katnaya, walau apa pun, kedaulatan undang-undang harus dipertahan dan menteri dalam negeri harus menjamin keselamatan semua pihak.
 
Katanya, beliau sendiri pernah menerima pelbagai kutukan dan kejian tetapi tidak pernah bertindak ganas.
 
“Orang maki saya, boleh saya terajang orang Umno (kerana marah)? Tak boleh,” katanya.
 
Anwar juga tidak nampak kenapa kenyataan Rayer itu dianggap sama seperti menghina orang Melayu.
 
“Melayu Melayulah, Umno Umnolah. Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?”  soalnya kembali.
 
Beliau bagaimana enggan mengulas sama ada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin harus meletakkan jawatan ekoran tindakan anggota pergerakan itu.
 
“Itu urusan Umno,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: