Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad menegaskan Pas akan meneruskan agenda perjuangan yang telah digagaskan oleh mantan Presiden Pas, Allahyarham Fadhil Noor.
Jelas Syed Azman, gagasan yang dibawa oleh Fadzil Noor tersebut terbukti praktikal dan signifikan untuk diteruskan oleh Pas walaupun negara telah mengalami iklim politik yang berbeza pada masa sekarang.
“Pas akan teruskan agenda Almarhum (Fadzil Noor) untuk terus memacu kecemerlangan parti.
“Almarhum banyak berjasa pada Pas, beliau telah lakukan perubahan besar dalam arena politik tanah air,” katanya ketika sesi dialog Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia semalam.
Dalam masa yang sama Syed Azman menambah, pada masa kini perubahan dalam politik sangat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan negara bebas daripada segala ketirisan dan kebocoran sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara Selasa lalu.
“Perubahan politik perlu dilakukan.
“Bebaskan negara daripada segala penyelewengan dan rasuah,” katanya.
Turut hadir dalam dialog itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ,Datuk Husam Musa; dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Dialog ini anjuran Free Public Forum Malaysia (FPFM) dan berlangsung di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).
Hampir 100 orang menghadiri sesi dialog tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan