Stor barangan cenderamata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) didapati
dipecah masuk awal hari ini selepas kakitangannya menyedari ada kesan
kerosakan pada stor itu pada kira-kira 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata
pihaknya menerima laporan daripada kakitangan SIC berhubung kejadian
itu, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Katanya, antara barangan yang dilaporkan hilang ialah sebuah peti besi
yang menyimpan hasil jualan cenderamata semasa perlumbaan Grand Prix
Malaysia semalam dan sebuah laptop.
"Buat masa ini tiada tangkapan dibuat dan kerugian dianggarkan sekitar RM300,000," katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata,
beliau dimaklumkan kakitangannya mengenai kejadian itu awal pagi tadi,
dan polis sedang menyiasat. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan