Sebelum anda meneliti laporan Berita
Semasa kali, kami ingin mengajak anda melihat kajian perbandingan harga
rumah di Malaysia VS trend pendapatan rakyat Malaysia selama ini (KLIK SINI).
Sudah? Ok. Berita Semasa baru sahaja meneliti laporan kajian daripada
kalangan penganalisis termasuklah daripada CIMB yang mula meramalkan harga rumah turun sekitar 20% pada tahun 2015. Harga rumah turun?
Realiti hari kalangan pemodal dan pemaju
hartanah di Malaysia tidak lagi berminat mendapatkan keuntungan sekitar
60-80% semata. Malah lebih daripada itu. Kebiasannya antara margin
keuntungan yang diharapkan kalangan pemain dan pemaju hartanah di
Malaysia adalah sekitar 100% sehingga 150% (SEPERTI YANG MEREKA BUAT DI SINI)
- Memang untunglah pemaju.
- Yang terkena & mangsa permainan mereka adalah rakyat Malaysia adalah anda, anda dan kita semua rakyat Malaysia
Persoalannya pernahkah selama ini harga rumah turun mendadak sehingga 20%-30% di Malaysia melibatkan kawasan tumpuan?
Harga Rumah Turun 20% 2015 : Kajian Penganalisis CIMB VS Kapitalis REDHA?
Adakah jangkaan harga rumah turun
seperti perniagaan minyak petrol di Malaysia? Awal pagi menafikan
kemungkinan harga minyak petrol naik, pada lewat petangnya sudah
terbitnya pengumuman harga minyak naik. Semudah itu?
Tetapi harga rumah di Malaysia cukup
unik. Selagi REDHA berkuasa di Malaysia tidak akan sama sekali, mereka
akan membiarkan perkara seumpama begini terjadi. Lihat apa yang
kapitalis REDHA bercakap mengenai trend harga rumah di Malaysia
Nampak? Berdasarkan antara alasan & kenyataan REDHA mengenai kenaiakn harga rumah :
Disebabkan anda, anda memilih kawasan hartanah komuniti berpagar menyebabkan harga rumah naik lebih tinggi sehingga 30% – 50%
Harga Rumah Turun : Harga Rumah Rakyat Malaysia VS Harga Rumah Warga Asing?
Apa yang boleh Berita Semasa katakan di
sini, jangkaan kenaikan harga rumah sedikiti perlahan tetap ada tetapi
banyak yang melibatkan harag rumah RM500,000 ke atas yang mana harga
rumah di bawah RM500,000 ke bawah masih tetap mempunyai perminataan yang
tinggi.
“Kos tanah naik, kos barang-barang binaan naik. Mana mungkin REDHA boleh membiarkan harga rumah turun boleh terjadi?”
Yang untung tetap kalangan expat dan
orang asing, berjaya membolot seberapa banyak hartanah bernilai
Rm500,000 ke atas tanpa was-was. Sepertimana yang berlaku di Iskandar
Malaysia Johor sekarang ini. Kalangan rakyat Singapore telah mula
berkampung dan membanjiri negeri Johor
Kita boleh lihat sendiri, tidak kira apa sahaja kawasan apa akan ada permintaan dan kenaikan harga. Contohnya, Rawang
yang dahulu bukan main banyak iklan rumah lelong pun sekarang ini sudah
menampakkan pasaran harga rumah di sana telah mula naik sejak ada Jusco
Anggun.
Jadi, Berita Semasa hanya akan percaya
harga rumah bakal turun apabila taikun hartanah daripada REDHA buat
kenyataan rasmi berbunyi begini :
“Hanya tempat-tempat terpilih bakal menjunam”
Maka itu, barulah Berita Semasa boleh
percaya. Ini kerana, selama ini merekalah mengawal pasaran hartanah di
Malaysia. Kenyataan daripada CIMB belum “cukup kuat” untuk memberikan
jaminan harga rumah turun pada masa akan datang.
Apa kata anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan