MALAYSIA KINI
Persatuan
ketua pengarang akhbar berbahasa Cina menggesa Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menarik balik ancamannya untuk menutup
syarikat akhbar.Dalam kenyataan mereka semalam, para ketua pengarang terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan menteri yang disampaikan dalam satu majlis penerangan di Melaka.
Persatuan itu juga mengambil maklum bahawa ia adalah "Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat" dan menyiarkan jata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, maka jelas ia merupakan majlis kerajaan.
Sekiranya Zahid memilih berkempen bagi mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan parti dalam majlis kerajaan, yang didakwanya majlis tertutup, kumpulan editor itu berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak sesuai dan ugutan kepada wartawan.
Persatuan itu berkata, hubungan kaum merosot berterusan sejak pilihan raya umum Mei lalu apabila beberapa ahli politik membangkitkan persoalan sensitif demi kepentingan politik.
"Sebagai anggota kabinet, seseorang itu patut bercakap dan bertindak dengan berhati-hati dan tidak patut mengancam menutup akhbar," kata mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan