Isnin, 5 Ogos 2013

Wakil rakyat DAP tidak abai tanggungjawab agih sumbangan sempena Aidilfitri

Roketkini.com

CHENNAH: Kedatangan Syawal bagi lebih 100 warga emas dan keluarga kurang berkemampuan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Negeri Sembilan, tahun ini lebih bermakna apabila wakil rakyat kawasan berkenaan, Anthony Loke Siew Fook menunaikan tanggungjawab mengagihkan bantuan Aidilfiri yang bakal menjelang minggu depan.

 Biar pun sibuk dengan tugas parti dan Ketua Whip DAP, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan tetap meneruskan tanggungjawab menziarah dan mengagihkan sumbangan. Anthony Loke berharap dengan bantuan itu dapatlah sekurang-kurangnya meringankan beban penduduk yang kurang berkemampuan menyambut Syawal nanti.

 Selain mandat sebagai ADUN DAP Cennah, Anthony Loke juga tidak lupa menggunakan peluang pada Ramadan tahun ini untuk turut membantu golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Seremban yang diwakilinya.

Bukan sekadar itu, wakil rakyat Tionghua yang fasih bertutur bahasa Melayu itu juga turut membantu seorang ibu tunggal dari Simpang Durian, Jelebu yang menulis surat kepadanya memohon bantuan modal untuk memulakan perniagaan kuih raya. anthony 1

“Saya mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini melawat rumahnya untuk membincangkan permintaan dan mencari kaedah untuk membantunya.

“Saya bercadang menempah 50 kotak kuih pada harga RM24 sekotak dan membayar dengan harga penuh terlebih dahulu bagi membolehkan beliau mendapat modal pusingan untuk menjalankan perniagaannya,” kata Loke.

Menurutnya lagi, dengan kaedah itu, ibu tunggal itu berjaya menghasilkan produknya untuk dijual sempena musim perayaan ini. Itu adalah satu kaedah “menang-menang”.

Beliau mendapat modal pusingan awal dan saya pula dapat produk untuk dihadiahkan kepada kenalan rapat yang beraya. Inilah satu contoh “tidak beri ikan tapi beri jala”.

Saya bangga “jala” itu membolehkan ibu tunggal berdikari,” ujar beliau.-Roketkini.com

Tiada ulasan: