KL TODAY
Pas
menyifatkan Mahkamah Pilihan Raya yang menjadi tempat terakhir saluran
sah rakyat mengadu kepincangan proses pilihan raya di negara ini, kini
bertukar menjadi jalan buntu.Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man berkata, dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang
mengenakan penalti melampau pada para pempetisyen, ianya dilihat
seolah-olah ingin menyekat rakyat daripada mendapat keadilan yang
sewajarnya.
“Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu serta mendapatkan keadilan.
“Ia adalah
jalan terakhir bagi rakyat kerana ia menelan belanja yang tinggi. Kos
penalti yang diperintah bayar untuk petisyen pilihan raya yang sangat
tidak munasabah ini bukanlah satu usaha positif bagi rakyat menjadikan
mahkamah sebagai tempat mengadu permasalahan mereka,” katanya dalam
satu kenyataan media hari ini.
Tuan
Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Pilihan
Raya yang menolak petisyen yang difailkan BN dan PR di peringkat awal
sebutan kes dengan alasan teknikal sahaja.
Menurutnya
lagi, apakah dengan mengenakan penalti yang tinggi ini untuk menyekat
pihak tertentu daripada membuat petisyen atau pun satu ikutan baru
dalam mahkamah.
“Bagi saya
penalti yang tinggi ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihan
raya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak
berpuashati.
“Atau ini satu ikutan baru dalam kehakiman?,” soalnya.
PRU13 mencatat sejarah petisyen paling banyak iaitu 60, 39 daripada PR dan 21 daripada BN.
Tambah
Tuan Ibrahim, kos untuk pempetisyen membuat petisyen bukanlah murah
namun apa yang mendukacitakan, ruang yang ada itu ditutup apabila
kesemua petisyen tersebut ditolak di peringkat awal sebutan kes oleh
mahkamah dengan alasan teknikal sahaja.
“Kos pempetisyen membuat petisyen sangat mahal.
“Pempetisyen
dikenakan untuk membayar penalti kos kepada SPR ,jumlahnya sangat
besar sehingga RM150,000 ini apa yang berlaku di petisyen pilihan raya
Dewan Undangan Negeri Kuala Brang, Terengganu pagi ini,” katanya.
Oleh itu,
Pas membangkitkan persoalan mengenai apakah garis panduan bagi hakim
menetapkan kos yang terpaksa dibayar yang dilihat tidak konsisten oleh
mahkamah
“Apakah tiada ‘tanda harga’ bagi mengawal agar pempetisyen boleh mempersiapkan jumlah wang bagi bersedia ke arah itu ketika membuat petisyen? Kalau tidak ini menandakan pilihan raya ini sekarang hanyalah medan untuk orang kaya-kaya sahaja,” katanya.
“Apakah tiada ‘tanda harga’ bagi mengawal agar pempetisyen boleh mempersiapkan jumlah wang bagi bersedia ke arah itu ketika membuat petisyen? Kalau tidak ini menandakan pilihan raya ini sekarang hanyalah medan untuk orang kaya-kaya sahaja,” katanya.
Hakim
Mahkamah Pilihanraya Kuala Terengganu, Datuk Mariana Yahya (gambar
kiri) menolak petisyen yang dibuat seorang pengundi di kawasan itu,
Ahmad Zamani Yusof.
Ahmad Zamani diwakili peguam Saipudin Othman, Faris Irwan Mustafa dan Mohd Azwan Mohd Rosli.
Sebelum
ini, hakim yang sama menganugerahkan hanya RM30,000 kepada wakil rakyat
PAS dari DUN Teluk Pasu Ridhuan Hashim dan Rantau Abang, Alias Harun.
Petisyen yang dikemukan oleh BN terhadap mereka ditolak oleh mahkamah sama.
Dalam
pilihan raya umum lalu, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada
Tengku Putera dengan majoriti 449 undi di DUN Kuala Berang.
Kos petisyen
Sebelum
ini, rekod kos petisyen dicatat oleh calon PKR untuk parlimen Balik
Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, apabila dikenakan kos RM120,000.
Ekoran
itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa
bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat dengan
alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap
petisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan