KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad
Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah
dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.
Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanahsebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawabapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau
berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan
sekumpulan orang yang beliau katakan ’seseorang’ yang meminta wang dari
dana amanah tokong itu.
“Bapa saya
merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah
yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak
terlibat dalam urusan itu,” katanya kepada Bernama melalui telefon dari
Moscow, Rusia.
Isnin
lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen,
49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir
selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di
sini.
Pada Rabu,
polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali
sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi
berumur 44tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.
Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank
itu berkata, jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek
yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan
berlangsung.
Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.
Bimbang
bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal berkata:
“Saya tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapa
saya ditangkap.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan