Sabtu, 24 Ogos 2013

Adakah kerajaan bersetuju dengan ‘pembakar’ hospital dan pesakit?

BULETIN ONLINE

KUALA NERUS – PAS merasa kesal kerana kerajaan masih lagi tidak mneyatakan pendirian yang tegas terhadap pemerintah kudeta yang disokong pihak tentera Mesir, yang masih meneruskan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selepas mencabul demokrasi dengan merampas kuasa pada 3 Julai lalu, pemerintah kudeta Mesir telah membunuh beribu-ribu orang dengan cara yang cukup menyayat hati termasuk membakar hospital dan pesakit.

Snapshot 2 (20-8-2013 1-44 AM)

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata tidak ada undang-undang hatta, undang-undang peperangan sekali pun yang membenarkan mana-mana pihak membakar hospital dan para pesakit yang sedang dirawat.

“mana ada undang-undang peperangan sekali pun, hosital dibakar……doktor dihalau keluar (dan) orang sakit dibakar hidup-hidup, sepatutnya pesakit dirawat, saya memang tak boleh (terima),

“sebagai doktor, selagi ada nyawa orang selagi itu kita nak selamatkan………tetapi boleh (ada) manusia membunuh…..membakar hidup-hidup orang yang sedang dalam kesakitan,”ujarnya.

Oleh itu beliau mempersoalkan adakah kerajaan Malaysia bersetuju dengan tindakan pemerintah sementara Mesir dan juga tentera Mesir yang membakar hospital dan membakar orang sakit itu?

“adakah kerajaan setuju dengan tindakan pemerintah sementara Mesir, sehingga kini tidak ada apa-apa bantahan rasmi yang dibuat oleh kerajaan Malaysia? Bukankah Malaysia antara negara umat Islam yang berpengaruh, yang menjadi contoh?

“kerajaan perlu menyatakan pendirian yang jelas dalam soal Mesir bagaimana kerajaan Malaysia terlibat mendamaikan kerajaan Filipina dengan pihak MILF dan kerajaan Thailand dengan BRN,”jelasnnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menggesa kerajaan negeri Terengganu memanggil satu sidang khusus bagi membincangkan nasib saudara seagama di Mesir yang masih tidak menentu.

Tiada ulasan: