Ahad, 7 Julai 2013

Peserta larian amal cedera dilanggar kereta

MALAYSIA KINI


 
Tiga wanita cedera akibat dilanggar sebuah kereta ketika menyertai satu satu larian amal anjuran stesen NTV7 di Bandar Utama hari ini.

Lim Lee Ling, 43, Lee Shiau Foon, 33, dan Lee Su San, 24 mengalami kecederaan namun laporan awal menyebut kecederaan tersebut tidak serius.

Ketiga-tiga wanita berkenaan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan seterusnya bertemu dengan penyiasat polis trafik.

Laporan Star Online menyebut, saksi mata mendakwa ketiga-tiga individu itu dilanggar oleh satu kenderaan Proton Iswara.

Pemandu berkenaan didakwa tidak menghentikan kenderaan selepas melanggar pelumba terbabit, lapor laman terbabit.

Menurut laporan itu lagi, penganjur telah mengambil langkah keselamatan dan menggesa pemandu terbabit untuk membuat laporan polis.

Acara anjuran NTV7 itu merupakan sebahagian daripada sambutan ulangtahun stesen tersebut yang ke-15.

Tiada ulasan: