Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (Nute)
tidak akan menghalang piket pekerja Telekom Malaysia (TM) di hadapan
pejabatnya pada 19 Julai nanti.
Presiden Nute Mohd Jaafar Abdul Hamid berkata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga merancang untuk berhimpun pada 23 Julai ini di hadapan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.
Menurutnya, himpunan itu bertujuan membantah permohonan 258 majikan yang mahu menangguhkan pelaksanaan umur persaraan minimum sehingga hujung tahun ini.
"Kalau mereka mahu berpiket, kita tak boleh buat apa-apa kerana kita (MTUC) juga turut berhimpun di Putrajaya," katanya yang juga merupakan timbalan presiden MTUC.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas rancangan bekas pekerja TM Pasupathy PA Palaniappan yang mahu mengumpulkan kira-kira 100 orang untuk himpunan jam 10 pagi di Jalan Bangsar itu.
Pasupathy mendakwa NUTE gagal dalam menuntut pelaksanaan segera umur persaraan minimum 60 tahun seperti dinyatakan dalam Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753).
Menurut Pasupathy, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mula melaksanakan undang-undang itu bermula 1 September 2012 tetapi TM sebagai syarikat pertama yang diswastakan pada 1986, masih gagal melaksanakannya.
Perjanjian sudah ditandatangani dengan TM
Dakwaan tersebut bagaimana pun disanggah Jaafar yang menegaskan pihak Nute telah menandatangan perjanjian dengan TM untuk menguatkuasakan akta itu bermula 1 Julai lalu.
Justeru katanya, mereka yang masih bertugas dengan TM dan akan bersara selepas tarikh itu mempunyai pilihan untuk terus berkhidmat sehingga umur 60 tahun.
"Kalau beliau (Pasupathy) bersara sebelum 1 Julai, kita tak dapat berbuat apa-apa," katanya.
"Kalau kita pilih 1 Januari sekalipun, mereka yang bersara pada bulan Disember tahun sebelumnya juga akan turut terkecuali," katanya lagi.
Bagaimanapun jelasnya, langkah terbaik yang boleh diambil oleh mereka yang bersara sebelum 1 Julai adalah berbincang dengan pihak syarikat agar mereka dipertimbang untuk diambil bekerja secara kontrak sehingga berumur 60 tahun.
"Mereka perlu rasional," katanya sambil menambah pihak kesatuan bersedia membantu mereka yang mahu mempertimbangkan pilihan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan