Lebih 600 kes denggi dilapor di seluruh negara dalam tempoh
Januari hingga Jun tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.
Subramaniam.
Beliau berkata Kementerian Kseihatan akan mempertingkatkan
penguatkuasaan undang-undang dan mengadakan pemeriksaan di kawasan
perumahan dengan lebih kerap bagi membendung wabak itu.
"Kebanyakan masyarakat sedar punca denggi tetapi tidak ramai ambil
inisiatif untuk hapuskan pembiakan nyamuk aedes, kerana itu kami akan
pantau kawasan perumahan dan arahkan penduduk bersihkan kawasan rumah
mereka dan jika gagal kami akan ambil tindakan.
"Kami rasa dengan penguatkuasaan undang-undang orang ramai akan
pandang lebih serius perkara ini," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Karnival Penang Free School, Jalan Masjid Negeri di sini hari
ini.
Beliau berkata kawasan yang mencatat kes paling tinggi ialah Johor Baharu, Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan
akan mengkaji pendekatan undang-undang sesuai untuk mengharamkan
penjualan shisha dan rokok alternatif.
Beliau berkata pihak kementerian telah mengkaji kesan sampingan
pengambilan bahan berkenaan dan ia disifatkan berbahaya bergantung
kepada bahan yang digunakan.
Baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan
menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih
teruk berbanding merokok. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan