Rabu, 24 Julai 2013

Kalangan UMNO Sendiri Pertikai Perlantikan Azeez Sebagai Pengerusi Tabung Haji

 
KELAB GREENBOC
 
Azeez tiada kredibiliti jadi Pengerusi Tabung Haji

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim tidak mempunyai intergriti dan kredibiliti untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji, dakwa Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Berikutan itu, pelantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum, mereka mempersoalkan Abdul Azeez menerajui Tabung Haji sebagai sebuah institusi yang berkait dengan urusan ibadat umat Islam, katanya.

“Rakyat keliru dan hairan, atas kriteria apa Perdana Menteri boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.

Komen ini mungkin yang pertama dikeluarkan oleh seorang pemimpin Umno berhubung pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira sebulan lalu.

Syed Mehdhar berkata, Perdana Menteri Perdana Menteri sepatutnya mengambilkira pandangan dan teguran umum yang berpendapat adalah tidak munasabah melantik Ahli Parlimen Baling itu sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Menurutnya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju TH tidak tersasar daripada matlamat asalnya.

Oleh sebab itu katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju Tabung Haji tidak tersasar daripada matlamat asal.

Syed Mehdar bimbang akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan Umno.

Beliau meminta Perdana Menteri mengkaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. -FMT

Tiada ulasan: