AKHIRNYA Anwar Ibrahim akur dan secara tidak langsung ‘surrender’ kepada hakikat setakat karisma semata-mata bukanlah jalan ke Putrajaya. Pandai bercakap sahaja tidak menjamin apa-apa.
Sebaliknya laluan bagi seseorang pemimpin untuk menjadi perdana menteri lebih sukar dari berjalan kaki merentasi Gurun Sahara.
Kita harus ingat ramai terlupa bahawa tiap suatu yang berlaku adalah dengan kehendak ALLAH.
Sebenarnya mukadimah di atas mengambil kira perkembangan sehari dua ini berhubung prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kes yang boleh kita katakan bermula pada 26 Jun, 2008 memakan masa begitu lama. Ia sudah tertangguh berpuluh kali sehingga ramai yang geleng kepala. Tapi pada 9 Januari tahun lalu ALLAH mentakdirkan Anwar berjaya dalam kes berkenaan.
Justeru tidak hairan jika sekali lagi tumpuan semua pihak terhadap kes ini. Tapi malangnya mahkamah sekali lagi terpaksa menangguhkan prosiding pada 1 Ogos gara-gara peguam bela utama Anwar, Karpal Singh jatuh sakit.
Walau bagaimanapun 1 Ogos pun bukannya jauh sangat cuma kira-kira seminggu saja lagi.
Apa yang menjadi perbualan dan mengundang minat ialah kemasukan peguam tersohor Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding ini. Atau dengan kata lain, Shafee bertindak membantu kerajaan dan Saiful.
Shafee bakal mengetuai pasukan pendakwaan manakala pada masa sama kita menyaksikan Karpal, seorang lagi peguam bela hebat, bertindak di pihak ketua pembangkang.
Tidak ada sesiapa boleh mempertikai kemasukan Shafee dalam barisan pendakwa kerana selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang, kita harus menghormati keputusan itu.
Kerajaan juga tentu mahukan Saiful mendapat pembelaan yang paling wajar. Apa yang menarik mengenai Shafee ialah pelantikannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya merupakan kali pertama seorang peguam dilantik oleh Peguam Negara ke tugas ini. Shafee berkata dia dibayar gaji bagi memastikan pelantikannya “secara kontrak adalah sah.”
Melalui kuasanya, Peguam Negara dengan fiat (kebenaran) di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan—sejajar di bawah Seksyen 379 CPC.
Kita pun bukannya nak mengulas lebih-lebih tapi yang menarik ialah Shafee telah membina nama sebagai seorang peguam bela sejak hampir dua dekad. Kalau kita lihat kes-kes yang dikendalikan adalah berprofil tinggi.
Kliennya lazim pulang dengan senyuman. Sedang kita tidak punyai ramai peguam berbangsa Melayu yang sehebat Karpal, kita berbangga Shafee di kalangan kita. Tak malu kalau kita mendabik dada berkata peguam Melayu pun bukanlah calang-calang.
Bercakap tentang Shafee kita tentu teringatkan Allahyarham Prof Dr Ahmad Ibrahim, seorang peguam bela serta ilmuwan Islam tersohor. Kes yang mengangkat namanya tentulah kes Natrah di Singapura.
Bagi pelajar perundangan sama ada di dalam ataupun luar negara, nama Prof Ahmad sinonim dengan “Einstein” dalam bidang undang-undang.
Dipendekkan cerita bukan saja dia ilmuan sehingga digelar bapa perundangan Malaysia ,
Allahyarham juga hidup begitu zuhud. Kalau P Ramlee dikait sebagai sebutir permata dalam dunia seni yang sukar nak kita lahirkan lagi, begitu juga Prof Ahmad.
Kini apa yang dimulakan Ahmad, diteruskan Shafee. Kalau dulu yang “Umno” pun cari Karpal Singh untuk mengendali kes-kes mereka tapi zaman itu sebagai sejarah lama.
Sejak sedekad lalu, khidmat Shafee ditagih. Dengan kes dikendalinya memberi sinar harapan pada pelanggan. Tak perlu nak kita sebut satu persatu tapi jika rajin mengikutinya, kita tahu kes-kes yang dimenanginya.
Sebenarnya kita bukan nak buat Saiful senyum kerana sejak 2008 lagi wajah anak muda ini sering dibalut ketenangan.
Badai atau taufan politik langsung tidak menakutkan meskipun sekali sekala kita lihat dia hampir-hampir lemas.
Yang menjadi minat kita ialah Shafee mengembalikan nostalgia pada perwatakan Prof Ahmad serta laluan yang dirintis di Singapura pada tahun 1950an kini bayang-bayang itu sudah pun menjadi realiti di kalangan peguam-peguam Melayu.
Namun di sebalik semua itu, paling menyeronokkan ialah sudah tentu secara senyap-senyap Anwar menyimpan rasa takut - peluang ke Putrajaya tertutup sama sekali kerana kali ini dia bukan berdepan nama-nama peguam kelas kedua yang tiba-tiba nama mereka disebut, tetapi seorang peguam yang mempunyai rekod trak cemerlang dalam kes-kes dikendalikan olehnya.
1 ulasan:
biasalah najib.....dia dah takut sbb kes dier kat Peranchis dah kembali hangat maka dia nak cover....dihebahkan kes DSAI pulak.....hihihihihi
Catat Ulasan