Isnin, 10 Jun 2013

Harga Kereta Turun Sekitar 0.7% – 11% (Potongan RM449 – 12,775) Sejak Januari Hingga Mei 2013! Apa Kata Anda?

Staff Berita Semasa
 
harag kereta turun

Pengurangan harga kereta merupakan tawaran daripada kedua-dua belah pihak baik di seblah Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Tawaran ini pastinya merupakan salah satu strategi untuk memenangi undi rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu. Barisan Nasional yang tampil dengan manifesto Pilihanraya Umum ke 13 mengenai penurunan harga kereta di saat-saat akhir.

Dan….. akhirnya kerajaan mengumumkan pengurangan harga kereta di Malaysia untuk permulaan bagi pasca PRU13.

Senarai Harga Kereta Turun

  1. Harga kereta Peugeot 308 turun (11 peratus)
  2. Harga kereta Volkswagen Golf turun (7.1%)
  3. Harga kereta Viva turun (5.4%)
  4. Harga kereta Myvi turun (4%)
  5. Harga kereta Persona turun (3.8%)
  6. Harga kereta Alza turun(3.4%
  7. Harga kereta Proton Preve turun (3%)
  8. Harga kereta Honda Jazz Hibrid turun (2.5%)
  9. Harga kereta Saga turun (1.1%)
  10. Harga kereta Exora turun (0.7%).
Harga Kereta Turun

Harga kereta Turun di Malaysia : Mekanisme BN VS PR?

Kerajaan yang dibentuk daripada gabungan parti Barisan Nasional kali ini tidak gemar mahu meniru cara pelaksanaan yang cuba diterapkan oleh Pakatan Rakyat kerana katanya mereka ada mekanisme tersendiri yang dirasakannya lebih baik. Caranya?
  1. Barisan Nasional : Memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan
  2. Pakatan rakyat : Mengurangkan terus cukai eksais 20% setiap tahun dan 1000 pada tahun terakhir mandat kerajaan menjelang Pilihanraya Umum ke 14
Walauabagaimanpun Berita Semasa masih merasakan ia satu permulaan yang baik untuk menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan benar-benar komited mengurangkan harga di Malaysia seperti yang dijanjikan sebelum ini. 

Diharapkan selepas lebih banyak model kereta di Malaysia turun harganya tanpa mengabaikan aspek keselmatan dengan mengurangkan spesifikasi asal. Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: