Ahad, 30 Jun 2013

Azmin: Peluang pengundi Kuala Besut tukar k’jaan Terengganu

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Pengundi Kuala Besut berpeluang untuk menukar kerajaan negeri di Terengganu dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin ALi berkata, pengundi di DUN Kuala Besut wajar memanfaatkan sebaiknya dengan menunjukan kuasa sebenar mereka.

Azmin4
Azmin menjawab soalan pemberita pada sidang media, semalam

“Kita sudah beri peluang pada Umno-BN di Terengganu pada penggal lalu. Tiada perubahan besar untuk rakyat. Maka amat penting rakyat menghantar mesej jelas.

“Masa depan Terengganu bukan ditentukan Umno, tetapi kuasa rakyat.

“Gunakanlah kuasa itu sebaiknya,” katanya ketika ditemui Keadilandaily pada program ‘Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa’ bersama Timbalan Presiden KEADILAN, di NZ Curry House, KLCC semalam.

Beliau menjangka BN akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan, apatah lagi ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.

“Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri.

“Bagi Pakatan Rakyat, ia amat perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan semula kerusi berkenaanm,” kata Azmin.

Tiada ulasan: