Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan masyarakat awam
mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan syarikat pembekal
yang diberikan kontrak dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13
baru-baru ini.
Perkara ini perlu dilakukan dengan segera supaya langkah serta-merta
dapat diambil untuk memastikan kontroversi melibatkan dakwat tersebut
tidak berulang pada pilihan raya kecil Kuala Besut yang akan diumumkan
dalam masa terdekat.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini
dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna
makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Walaupun dengan pendedahan tersebut, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan
Ahmad Wan berkata dakwat tersebut akan masih digunakan dalam pilihan
raya kecil.
Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez berkata SPR menunjukkan sikap
"tidak hormat" dengan keputusan untuk meneruskan menggunakan dakwat
tersebut tanpa menyelesaikan masalah yang timbul dahulu.
"Ini adalah keangkuhan jelas dan berlagak sombong... apa lagi yang
boleh dikatakan?" kata Fernandez kepada The Malaysian Insider.
Fernandez berkata, SPR perlu berhenti memalukan diri mereka sendiri.
Beliau juga menuntut kerajaan mendedahkan butir-butir syarikat yang membekalkan dakwat tersebut.
Presiden Persatuan Peguam Wanita Meera Sambanthar juga senada dengan
desakan Fernandez yang menuntut kerajaan untuk mendedahkan butiran
kontrak.
"Jika tiada apa yang hendak disembunyikan, maka SPR mesti
mendedahkannya. Mengapa mereka memberi alasan walaupun banyak pihak yang
mendesaknya?" soal beliau.
"Ia hanya akan menimbulkan pelbagai persoalan kerana ia sudah menjadi isu nasional."
Pengarah Pusat Pengajian Dasar Awam, Institut Strategi dan Kepimpinan
Asia (ASLI) Tan Sri Dr Ramon Navaratnam mengambil tindakan wajar bagi
memastikan kesilapan sama tidak berulang lagi.
Ramon merupakan salah seorang pemerhati semasa pilihan raya 5 Mei
lalu, SPR perlu membuat perubahan dan memastikan mengambil tindakan
sebelum pilihan raya kecil nanti.
"Mereka (SPR) juga mesti mendedahkan siasatan kepada umum," tambahnya.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di
Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang
digunakan dalam dakwat kekal.
Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya
adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan
pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan
daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada
Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko
barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal
mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.
Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.
Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya
serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan