Sabtu, 29 Jun 2013

PAS Kaji Tindakan Undang-undang: JKKK/ Umno Gagal Taati Titah Sultan

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/hanafiah.pngKUALA TERENGGANU - PAS akan mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang keatas kerajaan negeri Terengganu khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang gagal menggalas tangungjawab serta melanggar titah Sultan Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat mendakwa Ahmad Said gagal menasihati JKKK dalam melaksanakan tugas bahkan beliau yang kelihatan 'mesra' dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu Sidang DUN sebenarnya bersikap sebaliknya.

Beliau melahirkan rasa dukacita kerana Ahmad Said telah mengabaikan titah Sultan yang meminta supaya bekerjasama dan mewujudkan perpaduan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira fahaman politik.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/titah%20sultan.jpg"semasa sidang Dewan (DUN Terengganu) kita boleh berbaik sangka tapi keesokkannya bila Menteri Besar bertemu dengan kakitangan kerajaan dan petugas-petugas parti dia, MB kata kalau ada apa-apa masalah kebajikan dan hal-hal lain, kena pergi rumah Hanafiah, kerana orang semua sudak tidak mahu BN orang semua nak PAS (sila) pergi ke rumah Hanafiah,

"lanjutan daripada ucapan itu Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menubuhkan satu Jawatankuasa yang terdiri daripada Ahli MPK yang juga AJK Umno Bahagian Kemaman serta JKKK yang menentukan tapak-tapak perniagaan Bazaar Ramadhan,"ujarnya.

Beliau dimaklumkan, Jawatankuasa tersebut telah memutuskan tidak mahu memberikan tapak Bazaar Ramadhan kepada ahli dan penyokong PAS walaupun antara mereka telah berniaga selama 33 tahun.

[Gambar - Kanan; sedutan titah Sultan ketika merasmikan pembukan Sidang DUN Terengganu minggu lalu, Bawah; Laporan polis dibuat oleh pelajar yang telah 'dihambat' oleh Pengerusi JKKK Kampung Pinang Merah]

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/repot%20polis.jpgHanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu menyifatkan tindakan itu adalah 'balas dendam' politik yang menyebabkan perpecahan dikalangan masyarakat.

Oleh itu, beliau mengambil tindakan untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan sendiri di dua tempat, di Kampung Mak Cili dan di Kampung Geliga bagi membolehkan rakyat yang dinafikan hak, bleh mencari rezeki di bulan Ramadhan.

Dalam perkembangan yang sama,  ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat kesal, ketika sidang DUN berlangsung dan sultan bertitah supaya pegawai kerajaan melaksanakan amanah dengan bersih, cekap dan amanah, JKKK Felda Kerteh telah 'pilih kasih' menafikan bantuan atap rumah kepada mangsa ribut di kawasan terbabit.

Paling menyedihkan, menurutnya, seorang pelajar telah 'dihambat', disuruh pulang ke rumahnya, oleh Pengerusi JKKK Kampung Pinang Merah, Paka, apabila pelajar terbabit mahu mendapatkan tanda tangan untuk permohonan berhubung pengajian beliau dari JKKK tersebut.

"satu laporan polis telah dibuat oleh pelajar terbabit dan sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, kita (timbang) akan mengambil tindakan undang terhadap JKKK dan kerjaan negeri Terengganu,

"JKKKmerupakan pegawai kerajaan yang mendapat elaun bagi melaksanakan tanggungjawab,"tegasnya [Lihat Video]

1 ulasan:

zamy berkata...

mmg betul cakap mat said gedebe tu....org semua tak nak kat UMNO/BN lagi...org semua nak PAS-PR.....oleh itu pastikan dlm PRK Besut nanti....rakyat Trengganu semua bersama berkempen tolak UMNO/BN yg gedebe tak tentu tempat....pastika kerajaan PR tertubuh setelah PRK Besut dan petisyen pilihanraya nie....