Jumaat, 28 Jun 2013

VT Singham bersara selepas 13 tahun berkhidmat



MALAYSIA KINI

 
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham yang menyampaikan penghakiman memihak kepada keluarga A Kugan dua hari lalu, bersara hari ini selepas berkhidmat selama 13 tahun.

Datuk Singham bersara pada usia 65 tahun hari ini. Pegawai dari jabatan komunikasi korporat dan perhubungan antarabangsa kehakiman menyatakan bahawa beliau memilih usia berkenaan untuk bersara.

Pada kebiasaannya, para hakim, termasuk dari Mahkamah Persekutuan, akan berkhidmat di sehingga usia bersara wajib 66 tahun.

Singham dilantik sebagai pegawai kehakiman Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 selepas berkhidmat sebagai peguam – dan kemudiannya disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2002.

Beliau merupakan hakim Mahkamah Tinggi paling kanan dan pernah berkhidmat di Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Difahamkan, Singham pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan pada awal kerjayanya.

Tiada ulasan: