Sabtu, 29 Jun 2013

Masa untuk PM membayar kesetiaan kepada pemimpin Umno

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Ahli-ahli politik kanan Umno akan menerima ganjaran, sekurang-kurangnya minggu hadapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar kesetiaan mereka dengan pelantikan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan.

Diantara jawatan-jawatan yang kosong untuk ahli-ahli politik kanan ini adalah di Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad, kata seorang pegawai kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Senarai kekosongan dan jawatan yang akan kosong tidak lama lagi di GLC dan agensi kerajaan sedang disediakan untuk perdana menteri.?

Diantara yang akan mengisi jawatan pengerusi adalah bekas Menteri Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek termasuk Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Terdapat pelbagai sebab mengapa ahli-ahli politik ini diberi ganjaran. Sesetengahnya seperti Raja Nong Chik yang kalah dalam pilihan raya 5 Mei akan tetapi dilihat oleh Najib sebagai sekutu dan calon pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara Abdul Azeez dari Putera Umno menang sebagai ahli Parlimen akan tetapi tidak dilantik ke dalam kabinet.

Terdapat juga yang bakal diberikan ganjaran kerana tidak membuat bising apabila diminta memberi laluan kepada bakat baru dalam Pilihan Raya 2013.

Pada masa lalu, perdana menteri berhati-hati untuk meletakan terlalu ramai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah GLC, bimbang akan menyebabkan pertembungan budaya dan keutamaan dengan pihak pengurusan yang profesional dan sudah tentu akan menyebabkan kelemahan prestasi syarikat-syarikat tersebut.

Akan tetapi Najib perlu menggunakan pendekatan baru kerana dua sebab – barisan panjang ahli politik Umno di luar pejabatnya semenjak pilihan raya umum 5 Mei dan pemilihan parti hujung tahun ini.

Dalam dua acara baru-baru ini, perdana menteri menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melantik pengerusi di dua GLC, mengenepikan senarai calon diberikan oleh eksekutif-eksekutif GLC itu.

Terdapat lebih kurang 60 ketua bahagian Umno tidak diletakan sebagai calon pada pilihan raya 5 Mei termasuk ahli Parlimen mengalahkan tokoh besar pembangkang tetapi tidak diberikan jawatan Kabinet dan terakhir, golongan yang memberikan laluan kepada calon baru di kerusi Parlimen mereka.

Beberapa ahli politik Umno telah diberikan jawatan kanan di GLC dan agensi kerajaan termasuk Datuk Abdul Ghani Othman yang dikalahkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah.

Beliau baru-baru ini dilantik menjadi pengerusi bagi salah satu syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik menjadi timbalan pengerusi Khazanah Nasional Berhad, agensi pelaburan strategik kerajaan.

Tiada ulasan: