Ahad, 30 Jun 2013

DPPM Seru Pemuda Berjihad di Medan PRK KB

 smnoor

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Ridhuan%20Mohd%20Nor.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut (KB) sebagai satu pilihanraya yang amat penting bagi menentukan kekuatan dan keberadaan PAS di negeri Terengganu.

Oleh itu, DPPM bersedia bersama-sama pemuda seluruh negara untuk turun 'berjihad' dalam medan pilihanraya kecil Kuala Besut (PRK KB) pada bila-bila masa sahaja walau pun ia akan diadakan pada bulan Ramadhan.

Bahkan, Ketua Penerangannya Usta Ridhuan Mohd Nor yakin kemenanngan akan menyebelahi PAS sekiranya PRK KB dalam bulan Rmadhan kerana ia merupakan bulan jihad dan bulan kemenanngan yang menyaksikan kemenangan Islam dalam peperangan pada masa lalu.

"kita yakin (menang) jikalau pilihanraya kecil diadakan dalam bulan Ramadhan, InsyaAllah, kerana Ramadhan adalah bulan Jihad dan bulan kemenangan, bulan yang menyaksikan kemenangan peristiwa-peristiwa pertembungan di antara Iman dan Kufur,

"bagaimana peristiwa di medan 'Yaumul Furqan' (iaitu) perang Badar al-Kubra, Ramadhan menyaksikan kemenangan operasi perang Tabuk, Ramadhan (juga) menyaksikan pembukaan kota Mekah,"ujarnya ketika ditemuI selepas menghadiri Karnival Ushawan Sempenan Ambang Ramadhan di Perkarangan Surau al-Ikhwan Gelong Bilal, dekat sini. [Lihat Vdeo]Beliau berkata demikian mengulas peluang PAS dalam PRK KB yang bakal diadakan dalam masa 60 hari, berikutan kekosongan kerusi DUN tersebut baru-baru ini.

Menurutnya, sejarah plihanraya kecil yang berlaku dalam bulan Ramadhan juga telah mencatatkan kejayaan PAS pada masa lalu sebagaimana yang berlaku pada PRK Permatang Pasir Pulau Pinang dan PRK Pulai Condong di Kelantan.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pemuda agar dapat menyiapkan pasukan masing-masing menuju ke medan 'jihad' bagi memastikan kemenangan PAS pada PRK KB, yang akan merubah kedudukan pentadbiran dan pemerintahan negeri Terengganu.

Tiada ulasan: