Sabtu, 29 Jun 2013

Parlimen tidak diberi maklumat rundingan TPPA

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia wajar diberi penerangan berhubung kesan perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melalui Dewan Rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jawapan menteri – peruntukan perjanjian itu rahsia. Saya tahu dalam proses rundingan kita tak boleh dedah, tetapi prinsipnya harus dimaklumkan.

“Rakyat harus diberi maklumat (tentang) kesannya terutama kepada (golongan) perniagaan,” kaa Anwar di Dewan Rakyat semalam.

Justeru beliau membayangkan, peruntukan yang tidak didedahkan itu ‘menekan’ kelompok paling terkesan akibat TPPA, iaitu usahawan bumiputera

.DSAI_27Jun

“DPMM (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) bantah dan keluar sidang (taklimat). Ini kerana peruntukan akan bebankan syarikat kecil dan baru termasuk bumiputera,” kata Anwar.

Pada 13 Jun 2013, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit TPPA.

Jelas Anwar, TPPA berbeza dengan FTA (perjanjian perdagangan bebas) kerana pengaruh Amerika dan pemain ekonomi global yang mempunyai modal besar.

“Menteri (MiTi) beri gambaran seolah ia akan dilaksana dalam masa terdekat. (Sedangkan) sampai sekarang kita tak tahu apa termanya,” katanya.

Tiada ulasan: