Cadangan Ketua Polis Negara kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan sederhana dan tidak mampu.n>
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat kegagalan pihak polis membendung jenayah cuba diselimutkan dengan cadangan yang mengguris perasaan rakyat seolah-olah menunggang motosikal itu penyumbang jenayah. Sepatutnya ketua polis yang baru ini melahirkan cadangan bukan sekadar drastik, tetapi perlu realistik.
SAMM
sebagai penggerak anak muda yang rata-ratanya terdiri daripada
penunggang motosikal menolak cadangan 'bongkak' ketua polis negara dan
menyifatkan ia sebagai cadangan 'bebal' yang prejudis terhadap
penunggang motosikal.
Sedarkah
wahai Khalid bahawa rakyat Malaysia memilih untuk menunggang motosikal
kerana tidak mampu di atas kekangan ekonomi dan kos kehidupan yang
jauh meningkat berbanding jumlah pendapatan. Kerana kesempitan hidup,
motosikal menjadi pilihan walaupun statistik menunjukkan risiko
kemalangan yang tinggi. Tidakkah pihak polis membuat kajian terlebih
dahulu apakah cadangan ini memberi kesan terhadap penambahan jurang
antara golongan elitis dan golongan sederhana miskin?
Banyak
lagi cadangan yang harus diketengah bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan anggota polis. Antara cadangan yang pernah dikemuka SAMM
sendiri ialah, pemansuhan sektor polis istimewa atau 'special branch'
yang dikenalpasti tidak menjaga keselamatan awam tetapi hanya
memastikan pemerintah terus kekal memerintah. Polis khas berpakaian
preman ini harus diletakkan dalam sektor jenayah yang kritikal dan
dimanfaatkan sepenuhnya di atas setiap ringgit cukai rakyat yang
dibayar kepada mereka.
Akhir
sekali, sikap ketua polis negara yang melabel penunggang motosikal
sebagai perompak dan penjenayah adalah keterlaluan. Khalid perlu sedar
bahawa rompakkan besar pemimpin rakus pemerintah negara inilah yang
menyebabkan lebih ramai rakyat menunggang motosikal.
Yaser Sheikh Abdul Rahman
Penyelaras Segmentasi Anak Muda dan Permotoran
SAMM Kebangsaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan