Charles (kiri) berkata 571 pengundi itu disemak berdasarkan senarai lebih 60,000 individu yang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, percaya memperolehi IC mereka melalui cara yang boleh dipersoalkan.
"Daripada jumlah itu, 2,000 daripada mereka didaftar di Selangor, dengan Klang mempunyai jumlah teramai dengan 571 pengundi tersebut, diikuti oleh Kota Raja dengan 352 orang," katanya ketika
dihubungi Malaysiakini.
"Nama-nama ini hanya dari RCI Sabah dan bukan dari bahagian lain di Malaysia," katanya.
Charles berkata, beliau akan memfailkan aduan kepada Suruhanjaya berhubung nama-nama tersebut.
Beliau kemudian akan menggunakan ejen-ejen mengundi untuk memantau sesiapa yang hadir untuk mengundi bagi pihak mereka yang disenaraikan sebagai pengundi yang 'meragukan' atau yang 'dipersoalkan' oleh RCI.
"Persoalannya, siapakah yang akan hadir pada hari Ahad untuk mengundi bagi pihak mereka?" soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan