Menurutnya, baik beliau ataupun Timbalannya merupakan pemimpin yang berumur kurang 35 tahun.
"Pelantikan ini menunjukkan keyakinan pemimpin PR terhadap keupayaan golongan tersebut menjalankan tugas," katanya yang dipetik dari blognya, semalam.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat mengemai pengumuman mengenai lantikan calon baru Speker Dewan Negeri.
Lantikan tersebut sekaligus mencatat sejarah apabila Yeah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri di negara ini.
Yeoh, 34, yang mempertahankan kerusi Dun Subang Jaya pada pilihan raya umum lepas akan mengangkat sumpah jawatan pada 21 Jun ini bersama-sama timbalannya Nik Nazmi.
Sementara itu, Yeaoh berkata akan berpegang teguh kepada idealisme dan menjadikan belia yang dinamik.
"Melalui lantikan ini, menunjukkan keyakinan dan kepercayaan PR kepada pemimpin muda dan keupayaan untuk memainkan peranan penting membangunkan demokrasi yang sihat di Malaysia," katanya.
Beliau juga berkata akan meneruskan fungsi sebenar Dewan Negeri sepertimana yang dilakukan bekas Speker, Datuk Teng Chang Khim.
"Saya ingin menyatakan penghargaan saya kepada Chang Khim yang telah memberi contoh cemerlang untuk Speaker dan telah menaikkan standard dengan ketara sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam tempoh lima tahun lalu.
"Pembaharuan yang dimulakan oleh beliau telah pergi jauh dalam memupuk demokrasi yang lebih tulen dan akan meneruskannya," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan