KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Setelah gagal untuk melaga-lagakan PAS dan rakan-rakannya dalam
Pakatan Rakyat, musuh mereka mengambil pendekatan baru pula iaitu
mencipta surat palsu kononnya Majlis Syura PAS memutuskan untuk keluar
dari Pakatan Rakyat.
Ia dibuat melalui surat yang kononnya ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Melalui
surat itu, PAS kononnya mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon
PAS sahaja dan tidak mengundi calon-calon PKR dan DAP dalam pilihan raya
5 Mei ini.
“Ini langkah yang desperate, saya akan adakan sidang media pagi ini,” kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.
Surat
yang kononnya ditandatangan oleh Mustafa selaku Setiausaha Agung itu
disebarkan mulai malam tadi melalui email, whatsapps, facebook dan
lain-lain media.
Hari ini surat yang menggunakan kepala surat PAS itu dijangka akan disebarkan ke merata tempat pula.
Semalam
juga akhbar palsu Harakah mula disebarkan. Ia bermula dengan semua
masjid-masjid di Selangor selepas itu ia turut di kesan di Perak.
Adalah dipercayai akhbar palsu ini juga akan diedarkan ke seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan