Rabu, 29 Mei 2013

Mereka yang memadamkan Umno adalah ‘pengkhianat’, kata Perkasa

 Abd Rahman Bakar: Umno mesti memimpin. — Gambar oleh Saw Siow FengOleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR— Perkasa telah menggelar mereka yang cuba untuk memadamkan Umno sebagai “pengkhianat”, walaupun Barisan Nasional (BN) memikirkan untuk mengubah menjadi sebuah parti politik berbilang kaum tunggal selepas suramnya prestasi dalam Pilihan Raya 2013.
Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Bakar juga mengatakan Perkasa akan “lawan sehingga ke akhirnya” terhadap penjenamaan semula parti pemerintah, yang terdiri daripada berasaskan kaum Umno, MCA, MIC dan parti-parti komponen lain, sebagai sebuah parti tunggal di negara ini majoriti Melayu.

“Siapa yang memadamkan Umno atau mengubah dari tujuan asal penubuhan Umno — mereka adalah pengkhianat Umno,” kata Abd Rahman dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

“Umno mesti memimpin. Mereka mesti kekal seperti sedia ada,” tambah Abd Rahman.

Akan tetapi BN masih lagi akan dipimpin oleh Melayu walaupun dijadikan sebagai satu parti kerana sokongan majoriti Melayu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Malaysian Insider.

BN hanya menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, kurang daripada 140 yang mereka menang dalam Pilihan Raya 2008, oleh kerana pengundi bandar dan kelas menengah menolak gabungan itu, membenarkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi undi popular dan mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang — dua negeri paling maju di Malaysia.

Kali terakhir BN kehilangan undi popular adalah pada tahun 1969 apabila mereka bertanding sebagai Perikatan yang terdiri daripada parti berasaskan kaum Umno, MCA dan MIC yang mewakili komuniti Melayu, Cina dan India.

Parti tunjang BN Umno mendapat 88 daripada 133 kerusi Parlimen gabungan pemerintah itu, meningkat berbanding 79 kerusi dari 140 dimenangi BN pada Pilihan Raya 2008.

MCA walau bagaimanapun, mendapat prestasi terburuk apabila hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Abd Rahman mengatakan Perkasa akan berubah menjadi parti politik untuk memperjuangkan komuniti Melayu sekiranya Umno sudah tiada.

“Melayu sudah tidak mempunyai parti. Jadi Perkasa akan mengambil alih,” katanya.

Kumpulan lobi Melayu itu dinaungi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mempunyai 407,000 ahli di seluruh Malaysia.

Perdana menteri dan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah mengatakan pada Ahad gabungan pemerintah itu perlu adaptasi perubahan dalam lanskap politik untuk kekal relevan, menegaskan strategi sebelum ini tidak semestinya “resipi yang sesuai untuk masa depan”.

Pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn mengatakan Rabu lepas BN perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan syarat kaum untuk menyertai gabungan berkenaan, sebaliknya menerima keahlian terus tanpa berdasarkan warna kulit.

Abd Rahman juga mengatakan kempen Perkasa untuk BN dalam pilihan raya umum ke 13 telah meningkatkan sokongan Melayu untuk gabungan pemerintah itu, membangkitkan tentang peningkatan kerusi Umno.

“Ini telah diakui oleh Tun Dr Mahathir yang mengatakan Perkasa telah melaksanakan tugas dengan baik untuk memastikan Melayu kembali menyokong Barisan Nasional,” katanya.

Beliau menambah program Perkasa diseluruh negara semasa Pilihan Raya 2013 kebiasaannya menarik hadirin diantara 1,000 dan 3,000 orang.

“Ini menunjukkan Melayu menyokong kita,” kata Abd Rahman.

Beliau mengatakan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang kini bercuti daripada bertugas, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke 13 kerana tidak dapat bertanding menggunakan tiket BN.

“Beliau perlu bertanding sebagai calon bebas,” kata Abd Rahman.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatakan ‘jangan undi calon bebas’. Bagi orang Umno di Pasir Mas, mereka jadi keliru jika tidak menyokong calon bebas,” tambah beliau merujuk kepada timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN.

Ibrahim kalah dalam perlawanan satu lawan satu di Pasir Mas melawan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz lebih 8,000 undi. Calon BN tidak menyerahkan borang pencalonannya, langkah dilihat sebagai sokongan secara tidak langsung BN kepada Perkasa yang kontroversi.

Abd Rahman juga mengatakan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin gagal untuk merampas Shah Alam daripada penyandang Khalid Samad dari PAS kerana Zulkifli tidak mempunyai cukup masa untuk bekerja di kawasan pilihan raya itu kerana pencalonannya diumumkan beberapa hari sebelum Hari Penamaan Calon.

Beliau menegaskan Perkasa masih lagi “relevan”, mengatakan kekalahan Ibrahim dan Zulkifli tidak menunjukkan penolakkan terhadap kumpulan pelobi Melayu itu.

Beliau juga mengatakan negeri BN seharusnya menjadikan sekolah pondok Islam sebagai sekolah agama seperti di Johor.

“Pelajar Melayu harus diberikan sekolah agama,” kata Abd Rahman dan menambah pengajian agama boleh diadakan pada sebelah petang.

Tiada ulasan: