MALAYSIA KINI
Seramai
1,900 pegawai penguat kuasa dan 1,300 pegawai pemantau harga akan
meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan
dan minuman berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen
sekilogram seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2013.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata berikutan pengurangan subsidi itu, pihak pembekal makanan dan restoran sepatutnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan.
"Langkah kerajaan mengurangkan subsidi gula sepatutnya dilihat dari segi kesihatan yang mana kerajaan ingin mengubah pengambilan gula berlebihan oleh rakyat di negara ini.
Kerajaan bukan sengaja kurangkan subsidi, sebaliknya ia dilakukan ekoran statistik rakyat di negara ini yang kerap mempunyai penyakit disebabkan pengambilan gula berlebihan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini.
Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit gula RM2.30 sekilogram sehingga kini.
Tan berkata rakyat sebagai pengguna perlu membantu kerajaan dalam memantau harga makanan ekoran pengurangan subsidi tersebut dengan melaporkannya kepada pejabat kementerian.
"Rakyat adalah mata dan telinga kerajaan dan laporkanlah sekiranya berlaku kenaikan harga makanan yang tidak relevan kepada pihak kementerian," katanya.
Beliau berkata rakyat perlu tahu dan sedar bahawa pengurangan subsidi bukan bertujuan menambah beban mereka sebaliknya untuk kebaikan mereka sendiri.
"Rakyat perlu belajar dan mula mengurangkan pengambilan gula kerana terdapat keluarga yang mampu bertahan menggunakan dua kilogram gula untuk tempoh sebulan dua.
"Kurangkan sukatan dan pengambilan air bergas (minuman berkarbonat) dan mulakan cara hidup yang sihat dengan mengambil gula dalam kuantiti yang sedikit," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan