malaysiadaily
Sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu."Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh (Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib dengan perbuatan beli undi.
"Tetapi, kalau Najib mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.
Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib hari ini adalah "belanjawan beli undi".
Dr Mahathir sebelum ini mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib memberi wang tunai kepada rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Bagi Mohamad, pembelian undi adalah rasuah terang-terangan tetapi lebih buruk lagi penyelewengan dalam perlaksanaan apa yang dibentangtkan dalam belanjawan.
"Dalam belanjawan hanya nyatakan hendak beli peralatan tentera. Itu baik.
"Tetapi dalam perlaksanaannya, gasak duit rasuah dalam pembelian kapal selam malah sehingga berbunuh-bunuh," katanya.
Ayat-ayat hendak minta duit dalam belanjawan, katanya, boleh dikatakan hampir semuanya manis-manis belaka.
"Tetapi dalam perlaksanaan, beli pemutar skru lima kali daripada ganda harga biasa," katanya sambil menyatakan contoh itu hanya contoh terlalu kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada negara yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara.
Mohamad juga menggelar belanjawan Najib sebagai belanjawan sembunyi fakta berikutan keengganan kerajaan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan.
Pada kebiasaannya, laporan audit tahunan itu dibentangkan bersama dengan belanjawan.
Tetapi, dalam pemerintahan Najib, iaitu bermula tahun lalu, laporan audit dibentangkan selepas belanjawan.
Dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan, belanjawan yang dibentangkan oleh Najib dijangka akan menggula-gulakan pengundi kerana kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang lebih diutamakan dari menangani hutang negara yang semakin meningkat. -DD
19 ulasan:
Tidak hairanlah jika ada pihak yang cuba untuk memberikan respond mengenai bajet 2013 yang dibentangkan oleh PM ini.
Tidak perlulah terpedaya dengan permainan yang cuba dibuat-buat ini.
Jika kita lihat sendiri pun yang pasti kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab mereka.
tak ada yang baik pada mata pembangkang tentang bajet 2013.
jgn terpedaya dan manipulasi pembangkang.
Hutang nasional akan dapat dikurangkan.
Pembangkang semua pun dia nak kritik sebab cemburu la tu.
banyak yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?
Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.
saya nak ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).
Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!
Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).
Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.
Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.
Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).
Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.
Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.
Kelemahan boleh diperbaiki lagi
Belanjawan 2013 pasti membuahkan hasil yang positif
Catat Ulasan