Ahad, 30 September 2012

Lagi Pemimpin Kanan BN Sabah Bakal Sertai PR




SHAH ALAM : Beberapa pemimpin kanan BN Sabah dijangka akan mengikuti jejak dua Ahli Parlimen BN Sabah yang meninggalkan parti sebelum ini.

Bayangan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang akan jadi agen kita,” kata Azmin.

Azmin ketika memberikan penjelasan lanjut kepada TV Selangor mendakwa, pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah.

“Memang ada perbincangan dijalankan dengan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak tentang bagaimana mereka boleh mainkan peranan untuk membawa perubahan untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ini soal startegi, jadi tak semestinya kita umumkan semuanya serentak, kita tunggu masa yang sesuai, tetapi seperti saya nyatakan tadi, akan ada lagi pimpinan kanan, penting tempatan yang akan sertai kita,” kata Azmin sebaik selesai rapat tersebut.

Menurut Azmin, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Selain itu, Azmin berkata perkembangan terkini di Sabah dan Sarawak menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan dan marah.

“Isu ini menjadi kemarahan PM Datuk Seri Najib, sebab itulah dalam belanjawan baru-baru ini tiada peruntukan yang benar-benar menggembirakan rakyat Sabah kecuali menyentuhnya secara pinggiran sahaja,” ujar Azmin lagi.

Sebelum ini, baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk menyertai PR.

Tindakan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut menyebabkan BN mulai kehilangan pengaruhnya terhadap masyarakat tempatan di beberapa kawasan kubu kuat mereka sendiri.


17 ulasan:

Unknown berkata...

Menurut Azmin, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Tentu pemimpin yang merajuk sebab tidak dicalonkan untuk PRU13.

Unknown berkata...

BN mempunyai potensi besar untuk menang selepas parasit2 dalam parti keluar.

Unknown berkata...

Setiap orang ada pilihan mereka sendiri. Jadi terpulang dengan apa pun keputusan.

Unknown berkata...

Apa pun parti perlu menyelesaikan masalah sebegini. Kerana ini cuma akan menjejaskan parti itu jika masalah dalaman tidak dapat diselesaikan.

mantera berkata...

ini hnya khabar angin, belum tentu benar.

mantera berkata...

BN akan tetap kukuh dan menang.

DorianG berkata...

A Sabah Umno leader has expressed confidence that the Barisan Nasional (BN) will continue to lead the state after the next general election. Assistant Infrastructure Development Minister Datuk Japlin Akim said the people will back the BN because of its excellent record in maintaining economic and political stability. Japlin also said the state government under Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman has fulfilled the aspirations of the people who wanted to see such political and economic stability in the state. Therefore without a doubt I believe that the people will make the right choice when the time comes.

DorianG berkata...

Sabah’s prevailing strong financial reserves compared to earlier situations would spur development programmes to benefit the people. The earnestness of the Federal Government led by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to assist the state government in developing Sabah has also enhanced the people’s confidence in the BN. As we know, Sabah received a hefty RM4 billion allocation, the largest by far, in our history. The 1Malaysia concept introduced by the Prime Minister has strengthened cooperation and unity among the Malaysians of diverse backgrounds.

DorianG berkata...

Our Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman had also said as a caring leader, the Prime Minister was always prepared to listen to the voice and needs of the people. The Federal Government will always strive to fulfil the needs of the people in the rural areas, said Datuk Ronald Kiandee. Ronald, the Beluran MP said evidently many villages in these areas, especially Beluran, are now enjoying infrastructural facilities like road, water and power supplies. Millions of ringgit had been allocated by the government to provide these facilities.

DorianG berkata...

Therefore without a doubt that I believe that claims by the opposition that the rural areas have been neglected were baseless. It is a ploy by the opposition to garner the people’s support. The transformation programme being implemented by the government covered the rural areas. As such, the rural folks to throw their support behind the BN in the coming general election. And on the crossover of a few BN leaders to the opposition, it would not affect the BN. The people would continue to back the ruling coalition.

Sotong Kurita berkata...

Anwar yang memiliki kekayaan luar biasa sehingga mampu memiliki bas mewah dan jet eksekutif, sudah tentulah mampu memancing katak2 yang kelaparan dengan $$$..

Sotong Kurita berkata...

sampai masanya, pemimpin2 katak yang dahagakan pangkat dan $$$ pasti akan menyesal juga satu hari nanti..

Sotong Kurita berkata...

pemimpin2 Sabah yang sudah ditransformasikan menjadi katak oleh Anwar wajar ditolak oleh rakyat Sabah.. jangan sekali2 menyokong pemimpin yang bersekongkol dengan kuasa asing (soros)..

Sotong Kurita berkata...

Najib datang ke sabah adalah untuk bermesyuarat, merasmikan apa2 program dan turun pandang mendengar sendiri masalah rakyat.. Anwar?? datang ke sabah hanya untuk membersihkan namanya, membohong dan misi utama ialah mencari katak..

Sotong Kurita berkata...

lihat saja apa jadi dengan Yong Teck Lee selepas keluar meninggalkan BN.. hingga hari ini popularitinya tidak pernah meningkat, malah semakin menjunam.. itulah yang bakal dialami oleh Lajim, Bumburing dan pemimpin2 lain yang mengikut jejak langkah mereka..

Tanpa Nama berkata...

kena beli oleh Anwar tu

Tanpa Nama berkata...

Parasit2 yang hanya membebankan parti perlu disingkirkan