Rabu, 15 Ogos 2012

UMNO ada Khalid alWalid ke?


Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

 

Setahu saya tak ada. Yang UMNO ada ialah Khaled Nordin. Dia nak kawal Saifudin Abdullah pun tak terdaya. Kemudian dahulu ada Khalid pipit uban Yunus. Khalid Yunus tentulah bukan role model untuk UMNO. Orang nak panjat gunung, dia pun nak panjat. Sampai kaki gunung tercungap cungap. Bab mencontohi tercungap cungap , yang ini ada kat UMNO. Parti ini sedang tercungap cungap.Saya sudah buat ulasan politik dan prospek pilihanraya untuk kebanyakan negeri2 di Malaysia. Lepas ini kita akan pergi ke Malaysia Timur.

Last sekali saya akan buat analisa untuk negeri kelahiran saya- Pahang. I am saving the best for last.  Tapi sebagai mukaddimah, saya hendak bercerita sedikit mengenai pengajaran bila PM Najib melawat Raub baru2 ini. habis semua orang dari seluruh negeri Pahang datang. Yelah- Khalifah datang. Tentu disambut meriah. Saya hendak komen mengenai cerita Najib mengenai Khalid alWalid. Contoh yang baik, tapi sama ada puak UMNO yang keras kepala boleh hayati nya, merupakan hal yang lain.

Saya bukan hendak hentam Dato Najib setiap masa. Saya sudah menulis budi baik dia secara peribadi kepada saya, saya akan ingat sampai bila2. Dan bila kita berinteraksi dengan nya seorang sama seorang, PM Najib merupakan seorang watak yang baik dan berbudi. Tapi setakat itu sahaja lah. Dalam hal2 lain, politik nya, pengurusan nya ada banyak kelemahan. Kebaikan sorang sama sorang hanya mengangkat martabad peribadi najib tapi kelemahan2 nya melibatkan kepentingan dan masa depan jutaan orang. Untuk itu, saya tidak boleh menyokong nya. Bila khalifah pertama Islam, Abu Bakar  meninggal dunia Umar menggantikan nya.

Antara langkah pertama yang di lakukan oleh sayyidina Umar  ialah menggantikan Khalid al Walid sebagai Imam Perang tentera Islam. Khalid diganti  oleh Abu Ubaidah. Khalid al Walid adalah sepupu kepada Umar. Saya ingin bercerita mengenai Khalid Ibn Walid sebab baru2 ini, bila PM Najib pergi ke Raub, dia bercerita mengenai Khalid alWalid. Apa pasal? Tentulah Najib hendak hantar message kepada semua pemimpin UMNO bahawa mereka mesti mencontohi Khalid, walaupun dilucut jawatan, terus berjuang untuk memenangkan Islam. Ertinya, pemimpin UMNO mesti bersedia untuk dilucutkan jawatan.

Sahabat saya, Dato Shahrudin Moin ketua Bahagian Raub harap sedar implikasi kenyataan Najib ini. Untuk membuktikan bahawa saya bukanlah hendak hentam sokmo bekas bos saya ini, saya rasa ini adalah suatu strateji yang baik. Untuk menyedarkan bala tentera UMNO , hanya contoh dari tokoh Islam sahaja yang mampu mencapai nya. Kalau pakai contoh lain, ahli UMNO yang degil dan matloan tidak akan ikut. Kalau ahli UMNO tidak sedar diri, mereka akan tersungkur.

Najib telah menggunakan suatu contoh yang baik. Masaalah nya, bolehkah ahli UMNO menerima gesaaan tersebut? Ada beberapa isiu yang kita hendak bahas dalam perkara ini. Pertama Najib sudah tentu bukan khalifah Umar. Kedua, UMNO tidak memperjuangkan Islam. Parti ini parti secular yang memperjuangkan beberapa kepentingan. Kalau kita tanya pemimpin UMNO, mereka akan kata UMNO tidak ada ideoloji. UMNO mengamalkan pragmatism. Dalam bahasa mudah, hentam sahaja lah. Jadi, mengambil contoh Khalid alWalid tidak berapa ngam. Lagi pun, untuk menyamakan pimpinan UMNO sama seperti Khalid alwalid, adalah suatu yang sangat tidak kredibel. Mana ada pemimpin UMNO yang sama seperti Khalid al walid? Semua tahu main duit- bayar sana dan bayar sini. Lagi boleh sapu, sapu bersih. Masa PM Najib bertanding jawatan ketua Pemuda, amalan merasuah para perwakilan sudah menular. Mereka yang dibudayakan dengan amalan rasuah inilah yang sekarang menjadi pimpinan UMNO.

Dari kumpulan inilah Najib sekarang mengharapkan akan ada Khlaid al Walid.Najib akan kecewa. Siapa boleh lupa perwakilan di beri kad kredit BSN untuk belanja sakan dan mengundi Najib sebagai ketua pemuda UMNO? Dan siapa boleh lupa berapa banyak bayaran yang diberi kepada perwakilan ketika Najib bertanding naib presiden, dan untuk kekal timbalan presiden and sekarang presiden? Yang menyokong kerana keyakinan agak nya adalah 10-15%. Yang lain semua dimotivasi dengan imbuhan yang bakal diterima. Atas material ini, Najib nak harap akan muncul pimpinan UMNO seperwatakan Khalid al walid?Alamat kucing bertanduk lah. Tapi kita ucap tahniah kat Najib kerana mutakhir ini selalu bercakap mengenai Islam dan konsep dalam Islam. Mula2 dahulu bercakap mengenai wasatiyah. Bagaimana menjadikan UMNO sebagai contoh. Umat yang sederahana.

Sederhana dalam perkara apa? Bagaimana pemimpin UMNO hendak jadi contoh sebagai umat yang menengah dalam konteks belanja berhemah. Perhatikan. Kita beri rakyat RM500 setalah 50 tahun lebih memerintah tapi ada isteri menteri beli cincin RM 74 juta sebentuk? Kita hendak berkhutbah mengenai belanja berhemah sedangkan beg isteri kita harga nya RM400 ribu sebuah? Bukan 1, tapi 30. Bagaimana kita hendak bercakap mengenai tauladan belanja berhemah sedangkan kita belanja RM 1 juta lebih untuk duduk beberapa hari di Amerika, kemudian belanja RM 400 ribu pulak melancung dan beli belah di Milan Itali?

Bagaimana UMNO hendak jadi contoh kumpulan yang sederhana, apabila kita hendak gantung orang yang berbeza pendapat dan penyokong kita berdemonstrasi dengan menonggeng punggung dan bontot? Tak boleh. UMNO kalau cakap mengenai kesederhanaan, orang tahu mereka hipokrit besar. Najib has come a log way from the days of describing Allah saw and Muhamad swt. Tapi kita ucap tahniah lah kepada dia. Kalau Allah nak beri hidayah kepada seseorang, tidak ada orang boleh menahan nya.
Tapi janganlah menyangka bahawa Allah pun ahli UMNO.
tambahan.

ada seorang rakan saya, seorang ustaz dan bekas Qadhi beritau saya. enta mesti tambah- Dato Najib sendiri pun kena ikut falsafah Khalid alWalid nanti. mana lah tahu, dalam PRU 13 ini , UMNO tewas dan Najib kenalah turun dari jawatan Imam Perang kepada komander biasa. barulah rakyat akan tabik hormat dan kata Najib ikut apa yang dia cakap.  Bila ada khalifah baru, Najib kenalah akur dan ikut perlembagaan negara. jangan cetuskan huru hara dan sabotaj khalifah baru. sebab Khalid alWalid kata- Abu Bakar sudah wafat, sekarang Umar ialah Khalifah. KIta ikut perintah Umar.

Penulis merupakan bekas ADUN UMNO di Pahang yang telah menyertai DAP beberapa bulan lalu.

Tiada ulasan: