Isnin, 13 Ogos 2012

Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI Sabah: Janji ditepati atau janji terang bulan?

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Terlalu banyak keraguan tentang pengumuman terma rujukan  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.

Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Barisan Nasional benar-benar serius untuk menangani masalah itu atau sekadar menabur janji kosong yang telah menjadi budaya politik parti pemerintah, semata-mata untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pengumuman tentang RCI tersebut serta terma rujukannya adalah sudah terlalu lewat dan mempunyai kuasa yang amat terhad untuk mengatasi masalah.

Menurutnya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak tentang terma rujukan RCI tidak menyatakan dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh RCI tersebut.

Katanya, isu kad pengenalan yang dikatakan diberi kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi pengundi bukan hanya masalah besar di Sabah tetapi masalah kepada Malaysia.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan BN mengapa tidak ada siasatan di peringkat nasional tentang masalah itu yang bakal mengancam keselamatan negara.

Kit Siang juga bertanya sama ada RCI tersebut sanggup menyiasat mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan kad pengenalan tersebut, sama ada yang sahih tetapi diperolehi dengan cara yang salah atau dokumen-dokumen palsu.

Beliau turut mempersoalkan kerajaan BN yang telah menolak usul beliau di Parlimen pada tahun 2008 yang mencadangkan penubuhan RCI tersebut.

Selain itu, Kit Siang turut bertanya sama ada RCI tersebut berkuasa untuk menyiasat apa yang dikatakan sebagai “Projek M” atau “Projek IC” serta memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi terhadap masalah PATI yang melanda Sabah.

Projek M merujuk kepada situasi di mana ratusan ribu kad pengenalan Malaysia dikatakan telah diberikan kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi warganegara tanpa perlu melalui proses perundangan, dan tujuannya adalah untuk menjadikan PATI sebagai pengundi untuk BN. Keadaan itu dikatakan berterusan berlaku sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, Dr Mahathir telah dilaporkan oleh media bahawa RCI yang diumumkan oleh Najib adalah tidak perlu.

Katanya, PATI berhak meminta menjadi warganegara Malaysia dan beliau tidak mahu sebarang usaha dilakukan untuk menyiasat mereka.

“Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka. RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu,” katanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. – Roketkini.com

9 ulasan:

Mumbai berkata...

seperti yang dijangka, pembangkang tidak pernah setuju dengan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.. mereka akan mempertikaikan apa sahaja yang baik dari kerajaan semata2 untuk mengelirukan rakyat dan untuk memastikan Pakatan terus releven..

Mumbai berkata...

jika Pakatan benar2 serius mahu masalah ini diselesaikan, kenapa mereka tidak cadangkan idea2 mereka sebelum terma2 itu dibuat atau diumumkan?? kenapa hanya selepas diumumkan, barulah mereka tampil mempertikaikannya??

Mumbai berkata...

tidak ada istilah lewat berkenaan dengan penubuhan RCI ketika di era Najib.. beliau baru sahaja memegang jawatan PM.. belumpun sampai sepenggal, telah banyak perubahan yang beliau laksanakan seperti pemansuhan ISA, penggunaan dakwat kekal, penubuhan PSC, bajet rakyat, program2 bantuan rakyat dan sebagainya..

Mumbai berkata...

Lim Kit Siang yang sebelum ini senyap berkenaan dengan isu2 yang dihadapi rakyat Sabah, kini lantang pula.. rakyat Sabah perlu tolak pemimpin2 hipokrit dalam Pakatan.. mereka jarang sekali membawa isu2 Sabah ke persekutuan.. dan bila ada 'hadiah' dari kerajaan persekutuan kepada Sabah, mereka pula yang lebih dulu mempertikaikan 'hadiah' itu.. seolah2 mereka mahu sabah terus seperti hari ini supaya mereka mempunyai isu2 untuk dimainkan waktu kempen pilihanraya..

Mumbai berkata...

walau apapun kenyataan pemimpin2 pembangkang berkenaan dengan RCI yang diumumkan Najib, saya tetap menyokong penuh usaha kerajaan ini.. samada langkah ini berkesan atau tidak, biarlah ianya menjadi kesimpulan selepas RCI dilaksanakan, bukannya alasan untuk membatalkan RCI..

Sanih Alias berkata...

Kita sendiri telah mendengar dari PM sendiri yang akan melaksanakan RCI ini untuk menangani isu PATI yang memperolehi MYKAD PROJEK ini. Jadi kita harap PM akan melaksanakan RCI ini secepat yang boleh.

Sanih Alias berkata...

Rasanya yang pasti parti pembangkang ini sekarang risau jika RCI ditubuhkan. Ini kerana RCI akan mendapat sokongan daripada penduduk Sabah dan akan menyebabkan sokongan kepada PR akan berkurangan. Kita dapat rasanya begitu kerana itulah kenapa PR cuba untuk memainkan isu ini.

mantera berkata...

masa belum ditubuhkan bukan main mendesak, apabila ditubuhkan lain pula cakap, ckp terlewatlah.. pembangkang mmg tak da yng baik pada pandangan mereka.

Unknown berkata...

Najib saja yang berani laksanakan RCI ini. Mahathir dan Badawi ada berani ka??